OLEH: NUR IZZAH BINTI ZULKARNAIN

Tanjung Malim, 13 September 2024 – Majlis Anak Johor (M@JOR) UPSI telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai Jaya, Johor pada 13 September 2024 yang lalu. Kunjungan ini merupakan salah satu program lawatan sambil belajar dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih sebagai institut pendidikan tinggi pilihan bagi lawatan tersebut. Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang murid bersama-sama dengan 4 orang guru pengiring.

Sepanjang lawatan ini, ahli M@JOR telah bertanggungjawab dalam menjadi fasilitator. Kunjungan telah dimulakan dengan sesi lawatan ke Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK). Disana,murid-murid telah dibawa untuk melihat sendiri bengkel-bengkel seni yang terdapat di UPSI. Lawatan ke fakulti ini turut memperlihatkan tempat pelajar-pelajar fakulti ini menghabiskan masa dalam membuat tugasan berkaitan subjek seni seperti arca, ukiran dan sebagainya.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Galeri Seni dan Muzium Pendidikan Nasional UPSI. Disini para murid dan guru pengiring disajikan dengan karya-karya seni dan info-info berkaitan dengan sejarah UPSI terbina. Lawatan ini telah diselasaikan pada jam 5 petang sebelum para murid dan guru pengiring SMK Pulai Jaya tersebut meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Matlamat utama lawatan adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada murid mengenai suasana universiti sebelum mereka melangkahkan kaki ke alam universiti yang sebenar. Selain itu, lawatan ini juga diharapkan memberi inspirasi kepada murid SMK Pulai Jaya untuk lebih bersemangat dalam pembelajaran supaya dapat meneruskan perjalanan pelajaran mereka sehingga ke menara gading.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)