Oleh: Muhammad Alif

Lumut, Perak – 1 November 2024. Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh telah mengadakan lawatan penanda aras bersama dengan Residential College Commitee (RCC) UNIKL, MIMET dalam penganjuran Program Konservasi dan Pendidikan Habitat Pesisir Pantai “Sayangi Alam Kita” pada 1 November 2024 sehingga 3 November 2024. Matlamat bagi lawatan penanda aras ini adalah untuk mencapai matlamat pengurusan kolej yang lebih efisien dan relevan terutamanya untuk pengurusan Majlis Mahasiswa Kolej di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sesi ini melibatkan 41 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 10 orang daripada pelajar UNIKL, MIMET. Program ini dilaksanakan di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology. Residential College Commitee (RCC) UNIKL, MIMET dan Student Representative Committee UNIKL, MIMET memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan sesi lawatan penanda aras ini.

Sesi Lawatan Penanda Aras pihak Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh, UPSI bersama pihak Residential College Committee (RCC) UNIKL, MIMET. Program ini merupakan bagi meningkat pengurusan badan pelajar untuk pengurusan kolej yang lebih relevan dengan mengambil beberapa ilmu-ilmu perkongsian yang disampaikan oleh kedua-dua pihak. Pihak RCC juga telah merancang beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan MMK KAHS untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan saling kenal-mengenal antara satu sama lain pada hari tersebut. Sesi perkongsian dua hala antara pihak RCC dan MMK KAHS dilaksanakan bagi memantapkan pengurusan organisasi kolej kediaman agar kekal relevan dan cekap. Sesi perkongsian dua hala ini berlaku dengan kedua-dua pihak saling memperkenalkan dan menerangkan sistem organisasi pemimpin kolej yang berbeza. Sesi soal jawab turut diadakan bagi kedua-dua pihak saling memahami sistem pengurusan masing-masing.

Konklusinya, lawatan penanda aras ini dapat memberikan impak positif yang besar kepada kedua-dua pihak dalam menguruskan dan mengelola pengurusan kolej, program yang akan dilaksanakan dan  kebajikan penghuni sebagai amanah yang digalas. Jalinan Ukhuwah ini haruslah sentiasa kekal supaya program yang akan dilaksanakan di masa hadapan mudah mendapat kerjasama dari segi penglibatan dari kedua-dua universiti tersebut.