Tanjong Malim, 13 November – Program Budaya Keusahawanan bersama SSM telah berlangsung dengan jayanya dimana fokus program ini ialah bagi pelajar-pelajar semester 3 yang mengambil budaya keusahawanan di mana mereka dikehendaki untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM.

Lebih 190 wakil pelajar setiap kumpulan telah mengambil peluang menghadiri sesi taklimat bersama SSM dan mengaktifkan perniagaan mereka.

Taklimat oleh wakil dari SSM berkenaan maklumat yang diperlukan semasa proses pendaftaran dan pembaharuan SSM juga turut dikongsikan oleh mereka.

Semestinya tujuan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti sebenar berniaga dalam komposisi yang besar.

Di samping itu, ia juga akan menjadi pemangkin dalam proses melahirkan usahawan berjaya dalam keusahawanan secara bermodul dan berfokus.

Semoga pelajar mendapat manfaat dan mengaplikasikan pengetahuan yang terdapat sepanjang program ini berlangsung.