Oleh: Nur Asyikin Azizan

Tanjong Malim, 27 Oktober 2024 – Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) telah menganjurkan program “Jalinan Kasih AT58: Bersama Mencapai Kejayaan.”

Program ini berlangsung dengan keterlibatan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan daripada Semester 1 hingga Semester 7 yang bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin antara mahasiswa AT58 ini.

Program ini dikendalikan oleh Pengarah Program iaitu Mohamad Azri Hisyam Abdul Kadir yang memainkan peranan besar dalam menyusun atur dan memastikan program ini berjalan dengan lancar agar mampu membina sebuah keluarga AT58 tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan kaum yang kuat bagi mendepani sebarang cabaran pada masa hadapan.

Ucapan pengarah program

Dengan penglibatan mahasiswa AT58, program ini mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan antaranya ialah sesi ice-breaking, permainan yang diberi nama Complicated Rope Game, Moving Ball, Paper Train dan pelbagai aktiviti menarik .

Sebelum perasmian oleh Dr Intan Suria Hamzah, Pensyarah Kanan JPM berlangsung, beliau sendiri telah berkongsi taklimat ‘Sharing is Caring’ kepada mahasiswa  AT58. Dalam ucapannya, beliau menekankan dalam berkawan kita haruslah sentiasa ikhlas agar persahabatan tersebut mampu kekal dan memberi impak yang positif kepada kehidupan kita kelak. Seterusnya, cabutan bertuah turut disediakan dalam program ini, mahasiswa AT58 yang bertuah dapat membawa pulang pelbagai barangan menarik yang telah disediakan oleh ajk pelaksan program.

Secara keseluruhannya, program Jalinan Kasih AT58: Bersama Mencapai Kejayaan ini mampu membuka ruang kepada mahasiswa AT58 dalam mengenali satu sama lain agar AT58 mampu wujud sebagai sebuah program ijazah sarjana muda yang hebat dan berkualiti pada masa akan datang.