Oleh: Aisy Hanini Tihani

BUKIT KATIL, 28 Februari 2025 – Malam Apresiasi Staf PKM sempena Retreat Pejabat Karang Mengarang (PKM) 2025 dianjurkan pada 27 Februari 2025 bertempat di Dewan Pavillion, Bayou Lagoon Park Resort, Melaka.

Menurut Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, Malam Apresiasi Staf PKM merupakan sebahagian pengisian Retreat PKM selain slot-slot KPI seperti Pelan Strategik, Menyemak Halatuju/Sasaran KPI 2025, Analisis SWOT & Trend Data Analisis 3-5 Tahun dan Jurang Wujud di PKM, Pelan Tindakan 2025, Inisiatif Strategik 2025 berimpak dan Way Forward.

“PKM juga memberi penghargaan kepada 24 orang staf PKM melalui anugerah khas seperti Anugerah Staf Paling Bijaksana, Anugerah Staf Paling Kritis, Anugerah Staf Paling Berintegriti, dan Anugerah Staf Paling Teliti,” kata Dr Nordiana.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata sempena tema baju tidur, staf PKM cuba menepati tema ini dengan berpakaian baju tidur.

“Penampilan mereka sangat mencuit hati kerana jarang-jarang tema sebegini menjadi pilihan penganjur,” kata Ahmad.

Nur Farhan Mohd Yusoff, Shahril Sadzib dan Asmah Mohd Amin @ Mohd Mansor berjaya memenangi Anugerah Busana Malam Apresiasi.

Aksi Staf PKM dalam drama muzikal Aci Aci 2025

Terdahulu, Ketua Pegawai Digital, Pusat ICT, Ts Dr Megat Azrin Ahmad hadir mewakili Jawatankuasa Pengurusan UPSI bagi memberi penerangan dalam Slot Bersama Naib Canselor pada 25 Februari 2025.

CDO Pusat ICT bersama Staf PKM

“Berdasarkan Apresiasi Universiti yang dibentangkan Naib Canselor, PKM diberi tanggungjawab bagi menjayakan penerbitan berimpak tinggi” kata Ts Dr Megat.

Staf PKM bersama wakil BSM

Retreat PKM berakhir pada 28 Februari 2025 dengan Sesi Bersama Bahagian Sumber Manusia yang dihadiri oleh Muhammad Faheem Mohd Dahlan, Pegawai Tadbir, Unit Latihan dengan slot Keberkesanan Latihan.