Oleh: Arissa Hasya Auni
Tanjong Malim, 19 Mac 2025- Pejabat Karang Mengarang (PKM) menganjurkan Majlis Iftar pada hari ini bertempat di Scholar’s Suite, UPSI.
Menurut Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, majlis ini dirancang sebagai tanda penghargaan jabatan kepada staf PKM selain meraikan kejayaan terkini melibatkan PKM.
“Tahniah dan terima kasih buat warga PKM kerana menjulang nama pejabat ini sehingga kini. PKM juga bersyukur kerana penemuan audit dalaman di PKM telah pun ditutup pada 13 Mac lepas,” kata Dr Nordiana.
Timbalan Pengarah PKM, Dr Laili Farhana Md Ibharim berkata PKM amat berbesar hati di atas usaha Seksyen Jurnal dan Sidang Editor Journal Science and Mathematics Letters (JSML) dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dalam mengangkat nama UPSI melalui pengindeksan Scopus kedua yang diterima UPSI baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata penganjuran Majlis Iftar PKM ini dihadiri 21 orang kakitangan PKM berlangsung dalam suasana mesra dan ceria sesuai dengan Tema Iftar di Scholar’s Suite, “Cerita Rasanya Lagenda.”
“PKM akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PKM sempena Rabu@Qalbu Portfolio Timbalan Naib Canselor (TNCPI) pada 9 Apri nanti,” kata Ahmad Janatul ketika mengakhiri perbualan.