oleh: Arissa Hasya Auni
Tanjong Malim, 21 Mac 2025 – Pejabat Karang Mengarang (PKM) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini bertempat di Pejabat PKM.
Menurut Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah, majlis ini merupakan acara tahunan PKM bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan sesi dikhaskan dari jam 8 pagi sehingga 9 pagi setiap hari bekerja.
“Staf wanita menyempurnakan bacaan Al-Quran dari Juzuk 1 sehingga Juzuk 15 manakala staf lelaki pula membaca dari Juzuk 15 sehingga Juzuk 30 sepanjang tiga minggu ini” kata Nordiana.
Majlis Khatam Al-Quran berlangsung pada jam 3 petang dengan kehadiran lebih 20 orang staf dan juga Skim Pelajar Bekerja. PKM menyediakan bunga telur dan pulut berserta rendang kepada mereka. PKM turut mengadakan majlis perpisahan selain meraikan hari lahir staf bulan Mac sempena program ini.



Untuk rekod, dua orang kakitangan dari Skim Perkhidmatan Khas Universiti (SPKU), Puan Maizatul Azlina Mohamad meletakkan jawatan pada 8 Mac 2025 manakala Puan Nur Mashitah Abdul Rashid bakal menamatkan perkhidmatan di UPSI untuk bertugas di tempat lain bermula April 2025 nanti.
