Oleh: Kirtisha Selvarajoo
Tanjong Malim, 27 Disember 2024 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke UPSI.
Lawatan ini merupakan satu langkah yang strategik untuk membina jaringan yang kuat antara universiti dan perkongsian ilmu dan pengalaman bersama Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sidang 2024/2025.
Sepanjang lawatan ini, KMUKM telah didedahkan kepada struktur organisasi, sistem pengurusan, serta amalan terbaik MPP UPSI dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Selain itu, lawatan ini membuka peluang kepada KMUKM untuk memahami kaedah perancangan yang berkesan, pengurusan sumber kewangan, dan pemantapan pelaksanaan program dalam kalangan pelajar.
Lawatan Penanda Aras Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan untuk bertukar pandangan atau idea yang berkaitan dengan sosio budaya dan politik dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kunjungan daripada KMUKM adalah untuk membuat perbincangan mengenai segala isu atau masalah yang dihadapi oleh mahasiswa di UPSI dan cara untuk mengatasi masalah tersebut.


Lawatan daripada pihak KMUKM juga adalah untuk menimba pengalaman dan memperluaskan ilmu pengetahuan di UPSI.
Lawatan ini memberi peluang kepada meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan keupayaan kepimpinan melalui pengalaman pembelajaran secara langsung dalam persekitaran akademik yang berbeza.
Objektif seterusnya ialah Mewujudkan hubungan yang baik dan profesional antara Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI untuk membina jaringan yang menyokong pembangunan pendidikan dan juga kepada kepimpinan pelajar
Lawatan ini melibatkan 25 orang KMUKM sidang 24/25 dan 31 orang MPP UPSI. Ketibaan pihak KMUKM telah disambut oleh MPP UPSI.
Kirtisha Selvarajoo selaku pengarah program, mengucapkan terima kasih atas kejayaan program tersebut dan menegaskan bahawa program ini merupakan satu platform yang amat bermakna untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi pengajian tinggi yang berprestij.

Pengarah program juga berharap bahawa lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang kerana sesebuah lawatan dapat membentuk jaringan mahasiswa/i yang lebih mantap dan dinamik.
Lawatan ini mengandungi sesi penerangan mengenai struktur organisasi, strategi kepimpinan, pelaksanaan program dan pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar MPP UPSI dan KMUKM.
Lawatan ini juga mengandungi pelbagai aktiviti yang menarik iaitu aktiviti UPSI Tour, dimana pihak KMUKM telah dibawa untuk melihat UPSI Bowling Centre, Ladang Bunga Matahari FTV, UPSI Digital Library dan UPSI Sports Center (Stadium, Arena, Gym).

Lawatan ini telah diakhiri dengan sesi jaringan, di mana pihak KMUKM berinteraksi dengan MPP UPSI untuk kerjasama antara kedua-dua institusi.
Hasil daripada lawatan ini, kedua-dua universiti telah membina jaringan sosial yang baik dan strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Melalui lawatan ini KMUKM dan MPP UPSI dapat mempelajari dan berkongsi teknik-teknik kepimpinan dengan cara yang berkesan dalam menyelesaikan segala masalah.
