Oleh: Bazli Razak
TANJUNG MALIM, 12 Mac 2025 – Perhimpunan Bulanan Edisi Mac 2025 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini diserikan dengan ceramah bertajuk Kuasa Sumbangan Kecil, Impak Besar yang disampaikan oleh Sahibul Fadhilah, Ustaz Dr. Ashraff .
Ceramah berkenaan menekankan bahawa sumbangan bukan hanya terhad kepada bentuk kewangan, tetapi juga boleh diwujudkan melalui ibadah, kerja harian serta amalan kebaikan yang dilakukan secara konsisten, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, ceramah yang disampaikan hari ini sangat relevan dalam kehidupan seharian kita, kerana ia mengingatkan kita bahawa setiap kebaikan, walau sekecil mana, tetap membawa impak besar kepada masyarakat.
Katanya, bulan Ramadan merupakan landasan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan kebaikan.
“Saya amat berbesar hati melihat seluruh warga UPSI bersatu dalam majlis ini, mengambil kesempatan untuk menimba ilmu dan memperkukuhkan nilai kebersamaan.
“Sebagai warga akademik, kita bukan sahaja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, tetapi juga dalam membentuk persekitaran yang harmoni serta berteraskan nilai-nilai murni.
“Justeru, saya menyeru semua warga UPSI untuk terus memanfaatkan bulan ini dengan sebaik-baiknya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Perhimpunan Bulanan Edisi Mac 2025 UPSI bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, di sini, baru – baru ini.


Majlis yang dihadiri lebih dari 500 kakitangan universiti berkenaan merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UPSI, Pusat Islam UPSI, Pusat Kaunseling UPSI dan WEZAS UPSI.
Dalam pada itu, majlis ini turut diserikan dengan beberapa acara istimewa, termasuk Peluncuran Duta AI BHEA, Peluncuran Cabutan Bertuah Insan Pemurah WEZAS, Penyampaian Infaq, Rezeki Bertuah Duit Raya, serta Saringan Kesihatan Kendiri (SKK).
“Semoga semangat yang dibawa sepanjang bulan Ramadan ini dapat diteruskan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja dalam aspek ibadah tetapi juga dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dan pelajar,” ujar beliau


Sementara itu, penceramah jemputan, Ustaz Dr. Ashraff Amirul semasa menyampaikan ceramah beliau menjelaskan bahawa setiap perbuatan baik, walaupun kecil, mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat serta mendapat ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.
Beliau turut memetik firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 yang bermaksud, “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebuah biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai menghasilkan seratus biji.”
“Ini menunjukkan bahawa setiap amal kebajikan, tidak kira sekecil mana pun, tetap bernilai di sisi Allah. Keikhlasan dalam memberi akan membawa keberkatan dalam kehidupan kita,”
Menurut beliau, budaya memberi dan berkongsi amat penting dalam membentuk masyarakat penyayang dan harmoni, sejajar dengan nilai-nilai Islam.
“Semoga seluruh warga UPSI sentiasa terus mengamalkan sikap pemurah dan suka membantu, sama ada melalui tenaga, ilmu, atau doa, khususnya dalam suasana Ramadan,” katanya.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar; Pendaftar UPSI, En Helmi Zaifura Abdul Rahman; Bendahari UPSI, En Mohamad Najib Mohamed; Penasihat Undang-Undang UPSI, Puan Salwati Mohd Aris; Ketua Pegawai Digital UPSI, Ts Dr. Megat Azrin Ahmad; Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Dr. Mohd Izwan Shahril