Oleh: Christina Debbie Anak Changan dan Noria Anak Jemat

Tanjong Malim, 21 April – Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) Kolej Harun Aminurrashid Sidang 2024/2025 menerusi Exco Blok Kediaman 2 dan Exco Blok Kediaman 4, telah menganjurkan Program Ramah Mesra Felo Bersama Penghuni.

Program ini berjaya menghimpunkan lebih 800 penghuni blok di Dewan Harun Aminurrashid dengan objektif untuk memperkukuh jalinan hubungan antara Felo dengan penghuni di kedua-dua blok.

Program ini juga menjadi platform penting untuk membincangkan isu kebajikan dan keselamatan blok, serta merangka inisiatif bagi mewujudkan persekitaran kolej yang lebih harmoni dan kondusif.

Antara persembahan penghuni blok sempena Ramah Mesra Felo
Antara persembahan penghuni blok sempena Ramah Mesra Felo

Pengarah Program, Nurul Ain Fitry, Exco Blok Kediaman 2, menegaskan pentingnya komunikasi dan kerjasama antara penghuni dan felo untuk mewujudkan suasana blok yang harmoni dan selamat. Sesi perkongsian yang diadakan memberi ruang untuk membincangkan isu kebajikan dan keselamatan penghuni secara terbuka.

Pengarah program bersama, Aini Syahida, Exco Blok Kediaman 4, berharap program ini dapat memperkukuh hubungan antara felo dan penghuni.

Mereka menekankan pentingnya komunikasi dua hala bagi memastikan kebajikan dan keselamatan penghuni terpelihara.

Sesi taklimat yang diadakan turut membincangkan isu-isu kehidupan di blok untuk mencari penyelesaian bersama demi mewujudkan persekitaran kolej yang lebih harmoni.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penghuni blok yang menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka.

Ia bukan sekadar hiburan, tetapi tanda sokongan dan keterlibatan aktif dalam menjayakan program serta mengeratkan hubungan sesama penghuni dan felo.

Felo Blok Kediaman 2, Cik Nurul Najwa sedang memberi taklimat berkenaan peraturan dan kebajikan pelajar di kolej kediaman

Felo Blok Kediaman 2, Cik Nurul Najwa, menekankan usaha berterusan pihak felo dalam memastikan persekitaran yang selesa dan selamat untuk semua penghuni.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama antara penghuni dan felo adalah kunci dalam mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif di dalam blok kediaman.

Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr Che Anuar Che Abdullah, memuji program ini kerana dapat mengeratkan hubungan antara penghuni, felo dan pihak pengurusan kolej.

Dr. Haji Che Anuar juga turut hadir menyantuni penghuni dan menyampaikan sedikit amanat dan nasihat kepada semua penghuni blok
Antara wajah penghuni yang hadir sempena program ramah mesra felo

Beliau juga percaya bahawa program seperti ini penting untuk menyemai kesedaran tentang tanggungjawab hidup dalam komuniti.

Program ini memberi ruang kepada penghuni untuk berbincang mengenai isu kebajikan dan keselamatan melalui sesi soal jawab, sekaligus mengeratkan hubungan antara mereka.

Majlis ditutup dengan persembahan kedua dari penghuni blok yang menghidupkan suasana dengan semangat tinggi, kreativiti, dan kebersamaan.