Oleh: Nur Shazwani Yunus
Tanjong Malim, 5 Julai 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Sukan UPSI telah menjadi venue bagi penganjuran Karnival Sukan FELCRA Berhad 2025 pada 3 hingga 5 Julai 2025. 17 sukan yang akan berlangsung melibatkan 1280 atlit.
Objektif utama karnival ini adalah untuk mencari pemain-pemain yang terdiri daripada staf bagi mewakili FELCRA Berhad untuk Kejohanan Sukan MAKSPEN yang dijangka akan berlangsung pada Ogos 2025.
Karnival Sukan FELCRA Berhad 2025 telah melibatkan 30 sukarelawan dikalangan pelajar UPSI. Karnival ini dapat memberi peluang kepada sukarelawan dalam membantu memastikan kelancaran sesebuah acara sukan yang merangkumi dari segi pendaftaran, pengurusan peserta, penyediaan venue, media dan pengangkutan.
Selain itu, sukarelawan juga turut diberikan kebajikan dari segi elaun, makan dan pakaian sepanjang karnival ini berlangsung.
Membuka peluang kepada mahasisa dan mahasiswi untuk bergiat aktif dengan menyertai aktiviti seperti ini bagi menimba pengalaman dalam aspek penganjuran acara.
