Dr Abdul Jalal membacakan doaDr Abdul Jalal membacakan doa

oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjung Malim, 1 Ogos 2025  –  Pejabat Karang Mengarang (PKM) menjadi hos penganjuran Majlis Portfolio Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan InovasI (TNC (PI) Bermunajat yang berlangsung pada hari ini di Ruang Pembelajaran, Aras Bawah, Kompleks RMIC.

Profesor Dr Suriani ketika memberi ucapan

Sempena majlis ini, PKM menjemput pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Institut Penyelidikan Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (i-Furqan), Fakulti Sains Kemanusiaan,Dr Abdul Jalal Abdul Manaf untuk mengetuai bacaan yassin dan tazkirah ringkas. Dr Abdul Jalal berkongsi dengan hadirin berkaitan kelebihan bulan Safar sesuai dengan takwim semasa dalam kalendar Islam pada bulan Ogos ini.

Antara Staf Yang hadir

Majlis yang dipengerusikan oleh Muhammad Izzat Safwan Abdul Halim ini kemudiannya menjemput TNC (PI), Profesor Dr Suriani Abu Bakar untuk memberi ucapan. Bersempena majlis ini juga, beliau berkongsi pengalaman mengerjakan haji di tanah suci.

Pengalaman yang dikongsi beliau bersama kenalan baharu di sana memberi pengajaran berguna kepada hadirin.  Beliau turut menyeru kepada mereka yang hadir  untuk mengimarahkan pembacaan al quran dengan lebih kerap.

Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain berkata majlis ini dihadiri lebih 20 orang staf yang terdiri daripada staf Pejabat TNC (PI), RMIC, NICE, dan NCDRC. Menurutnya lagi, program ini bulanan ini dianjurkan secara bergilir oleh PTj di bawha portfolio TNC PI. PKM akan menganjurkan majlis yang serupa pada Disember 2025 nanti.

Staf PKM merasai juadah pemberian TNC (PI)

”Pada akhir majlis, para hadirin berpeluang menikmati juadah pemberian Profesor Dr Suriani dari tanah suci” kata Ahmad ketika mengakhiri perbualan.