Oleh : Sapura Mohd Masdin, Nurul Syuhada Rosli dan Nur Haziqah Mohd Zaidi

Tanjong Malim – Seramai 695 orang pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2025/2026 telah mendaftar masuk ke Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 27 hingga 28 September lalu.

Kejayaan proses pendaftaran ini didorong oleh kerjasama erat antara Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid, sukarelawan Rakan Millenia, Ahli Jawatankuasa Blok Kolej Kediaman serta Exco Ekonomi dan Keusahawanan sesi 2025/2026 yang turut sama bertugas menguruskan aliran lalu lintas, pendaftaran dan membantu memberikan panduan kepada pelajar serta ibu bapa.

Semasa sesi pendaftaran, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Norkhalid Salimin meluangkan masa hadir untuk memberi kata-kata semangat kepada pelajar baharu.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang berjaya mendaftar di UPSI serta mengalu-alukan kehadiran mereka sebagai pelajar UPSI dengan harapan agar setiap pelajar dapat menyesuaikan diri dan menempuh perjalanan akademik dengan jayanya.

Ibu bapa yang hadir meluahkan rasa puas hati kerana segala urusan berjalan lancar dan teratur menjadikan pendaftaran sebagai pengalaman yang menggembirakan.

Momen ini bukan sekadar hari pendaftaran tapi permulaan sebuah perjalanan baharu yang diharapkan dapat melahirkan generasi Anak Kandung Suluh Budiman yang berwibawa.