Oleh : Sapura Mohd Masdin, Nurul Syuhada Rosli dan Nur Haziqah Mohd Zaidi
Tanjong Malim, 3 Oktober 2025 – Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid telah menganjurkan Program KHARISMA: “Welcome to the Fam!”, sebuah program tahunan berkonsepkan orientasi kolej bagi meraikan pelajar baharu Kolej Harun Aminurrashid (KHAR). Program ini turut memperkenalkan barisan pentadbiran serta felo blok kediaman.
Program dimulakan dengan persembahan daripada wakil pelajar KHAR yang mendapat sambutan positif daripada para penghuni.
Program diteruskan dengan Slot Pengenalan Felo dan Pentadbiran KHAR dengan ucapan daripada Ketua Felo Merangkap Felo Blok Kediaman 6, Dr. Muhammad Ridhwan Sarifin; Pegawai Tadbir KHAR, Suriati Ismail; Pemangku Pengetua KHAR, Profesor Madya Dr. Mohd Nizam Nasrifan serta Mantan Pengetua KHAR, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah.



Program turut diserikan dengan kehadiran mantan Pengetua KHAR, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah dan mengingatkan kepada penghuni supaya mereka mengambil cakna tentang informasi semasa dan membina ukhuwah antara penghuni, felo dan staf pentadbiran bersesuaian dengan tema Khar Rumah Kita.
Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi fotografi bersama pemangku pengetua, mantan pengetua, barisan pentadbiran dan penghuni.



Penganjuran program ini berjaya menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap struktur pengurusan kolej demi menyesuaikan penghuni dengan kehidupan harmoni di kampus.
