Oleh : Muhammad Aziq Aiman
TANJONG MALIM, 16 Ogos 2025 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) menganjurkan program Program Kepimpinan: Inspirasi Mahasiswa Bersama Pusat Tingkatan 6, SMK Proton City, Bersama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang berlangsung pada 16 Ogos 2025 bertempat di ruang rehat pelajar UKLK, Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).
Program ini berlangsung selama 1 hari sahaja, namun, program ini telah berjaya memberikan pendedahan yang sangat bermanfaat kepada semua peserta yang hadir. Antara pengisian yang difokuskan di dalam program ini adalah kemahiran pengucapan awam, kualiti sebagai seorang pemimpin dan kemahiran berfikir secara kritis.
Seramai 39 orang pelajar tingkatan 6,Semester 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City (SMKPC), 14 orang fasilitator yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMKPC dan 2 orang guru pengiring telah menyertai dan membantu menjayakan program ini yang dirangka dengan pelbagai pengisian menarik dan bermakna oleh 4 orang barisan Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) yang bertindak sebagai fasilitator dan urusetia program.
Program ini dikelolakan berdasarkan 4 slot aktiviti yang telah dirangka, dan antara slot-slot tersebut adalah Inspirasi Kepimpinan, Usahawan Muda, “Island Survival”, dan “Speak with Confidence”.
Slot aktiviti Inspirasi Kepimpinan :

Slot aktiviti ini memberikan pendedahan berkaitan kualiti yang perlu ada dalam seseorang individu yang ingin menjadi pemimpin dan membuka peluang kepada peserta untuk hujahkan pendapat mereka
Slot aktiviti Usahawan Muda :

Slot Aktiviti ini menyediakan pentas simulasi perniagaan dunia sebenar dimana mereka perlu menggunakan kebolehan dalam berfikir secara kritis sepenuhnya untuk menyusun strategi dalam mendapatkan mata tertinggi untuk kumpulan masing masing.
Slot aktiviti “Island Survival” :

Slot aktiviti ini ketengahkan kebolehan pembentukan idea secara kreatif dalam kalangan peserta dan menguatkan daya imaginasi pelajar ke arah yang lebih matang.
Slot aktiviti “Speak with Confidence” :

Slot ini pula memberikan peluang sepenuhnya kepada semua peserta untuk mengutarakan pendapat mereka tanpa batas supaya idea dan hujah mereka dapat didengari tanpa sebarang bentuk diskriminasi.


Program ini ditutup dengan majlis penutup, majlis penyampaian hadiah dan majlis menandatangani memorandum yang dirasmikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob.
Impak program ini boleh dilihat melalui perbandingan karakter peserta pada awal program dengan pada akhir program, di mana, pada awal program, semua peserta kelihatan begitu takut dan malu untuk berkomunikasi namun, di akhir program, mereka tampak lebih yakin dan selesa menjadi diri sendiri. Selain itu, majoriti peserta juga memberikan maklumbalas yang sangat baik mengenai program ini.
