Oleh: Adibah Yasmin Abdul Razak
Kegembiraan mendapat tawaran bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris seolah terhenti apabila megenangkan ketidakmampuan keluarga meyediakan sumber kewangan bagi membayar yuran pendaftaran yang telah ditetapkan.
Anak yatim yang telah kehilangan bapanya lebih tiga tahun dahulu bergantung harap kepada ibunya yang bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan di negeri Kedah.
Faham dengan rungutan ibunya yang menanggung komitmen kewangan yang besar setelah kehilangan suami tercinta. Anak keempat daripada tujuh beradik ini seakan berputus harap dengan nasib yang akan diterimanya.
Apatah lagi apabila mengenangkan ibunya juga perlu menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah. Namun, keinginan untuk melanjutkan pengajian ke IPTA terus mendesaknya berusaha untuk mencari dana yang secukupnya bagi membayar yuran pendaftaran yang telah ditetapkan.
Setelah hampir sebulan berusaha, keluarga ini tetap gagal untuk memperolehi dana yang sesukupnya. Inisiatif akhir yang diambil ialah mengemukakan surat permohonan kepada Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS).
Setelah menimbang dan meneilti nasib yang dihadapai oleh Adik Ikram Daniel Mohammad Rusmannawar Skymmar, Mesyuarat Jawatankua Agihan Zakat Bil.9/2025 telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Khas Semester Satu berjumlah RM3,058.35.
Dengan pecahahan Bantuan Yuran Pendaftaran sebanyak RM2,558.35 dan bantuan Awal Pendaftaran sebanyak RM500.00 bagi tujuan persediaan dan tiket perjalanan ke UPSI. Bantuan kepada adik Ikram Daniel ini telah melangkap jumlah pelajar yang telah dibantu dibawah skim ini pada tahun 2025 kepada 85 orang dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM112,656.70.
Bagi menyampaiakan khabar gembira kepada adik Ikran Daniel, WEZAS telah menghantar Timbalan Pendaftar, Dr. Rosli bin Mahmud untuk meyampaikan surat kelulusan bantuan.
Beliau telah mendaftar sebagai Anak Kandung Suluh Budiman pada 13 Oktober 2025 lewat dua minggu berbanding pelajarpelajar lain. Semoga bantuan ini dapat merealisasikan impian adik Ikram Daniel untuk berbakti sebagai guru bagi mendidik anak bangsa pada kemudian hari.
