Oleh: Adibah Yasmin Abdul Razak

Sebagai sebuah universiti yang sangat prihatin kebajikan pelajar dan kakitangannya, UPSI turut menyediakan Skim Khairat Kematian kepada waris kakitangan yang telah meninggal dunia.

Skim yang dilancarkan pada tahun 2015 dengan objektif utamanya meringankan beban kesedihan dan kewangan yang dihadapai oleh waris setelah kehilangan orang tersayang.

Sejak dilancarkan 20 tahun dahulu, seramai 34 orang waris kakitangan telah menerima manfaat daripada skim ini. Manfaat yang sama turut diterima oleh waris Allahyarhan Asmizal bi Ahmad.

Beliau telah dilahirkan pada 29 April 1981 di suatu daerah di negeri Kedah, Setelah manabur bakti hampir 20 tahun di Universiti Pendidikan Sultan Idris, suratan takdir Ilahi telah menetapkan 31 Ogos 2025 sebagai hari beliau dijemput menemui PenciptaNya setelah lebih sebulan ditidurkan di Hospital Slim River.

Bagi menyampikan dana pungutan daripada kakitangan UPSI ini, WEZAS telah menghantar pegawainya, Dr. Rosli bin Mahmud, Timbalan Pendaftar bagi menziarahi dan menyampaikan bantuan khairat berjumlah RM10,995.00 kepada ibunya Pn. Ehsah binti Man di kediaman ibunya, beralamat di Kampung Padang Relau, Bandar Bharu, Kedah.

Semoga santunan ini membuktikan batapa universiti ini menghargai setiap jasa dan bakti yeng telah dicurahkan oleh kakitanganya, dan sama-sama kita doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin.