Oleh: Norimah Rambeli
Gambar: Nurul Fatihah Adilah binti Hasnul Hissyam
Tanjong Malim, 20 Jun 2025 – Perlaksanaan program Seminar Isu-Isu Ekonomi dan Kewangan, anjuran Prof. Madya Dr. Norimah Rambeli @ Ramli, di bawah kursus berkredit Penyelidikan Ekonomi, Kewangan dan Komunikasi (PER3023), telah diadakan pada 19 Jun 2025.
Seramai 50 orang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kewangan) semester 6 telah melibatkan diri dalam Seminar Ekonometrik yang diselia oleh kursus Penyelidikan Ekonomi, Kewangan dan Komunikasi.
Seminar ini merupakan kemuncak kepada penulisan tesis Bab 1 yang berlangsung selama 13 minggu, yang menekankan pembangunan idea penyelidikan secara sistematik.
Dalam Bab 1, para pelajar membangunkan model spesifikasi penyelidikan yang menggabungkan kemahiran analisis data dan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong hipotesis dan objektif kajian masing-masing, sebelum berakhir dengan pembentangan hasil penyelidikan berdasarkan kajian pilihan mereka.
Tidak dinafikan, tanpa sokongan, bimbingan dan kepercayaan pihak kepimpinan, pelaksanaan program ini adalah mustahil direalisasikan.
Sumbangan kepimpinan serta dorongan berterusan telah memastikan program ini berjalan dengan lancar, berkesan, dan memberi impak positif kepada semua peserta.
Sehubungan itu, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Ketua Jabatan Ekonomi, Prof. Madya Dr. Zainizam Zakaria, serta Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Prof. Madya Dr. Mohd Asri Bin Mohd Noor, atas sokongan dan komitmen yang amat berharga dalam menjayakan program ini.
Matlamat utama program seminar ini, yang dianjurkan bagi kursus berkredit PER3023, adalah untuk memberi pengalaman dan inspirasi kepada para pelajar dengan membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman sebenar membentangkan proposal penyelidikan di khalayak ramai.
Pengalaman ini amat penting dalam membina kemahiran pelajar, sekaligus menjadikan mereka lebih bersedia, berkeyakinan, dan berdaya saing untuk menghadapi cabaran dunia kerja pada masa depan, dengan berbekalkan kemahiran analisis data dan kecerdasan buatan (AI).
Di kemuncak Isu-isu Ekonomi Kewangan, seramai 10 orang telah dinobatkan sebagai pembentang terbaik iaitu Muhammad Asnawi Gan, Abdul Amirul Hakimi Abdul Hamir, Muhammad Akmal Hashim, Sharmila Muraleraja, Putri Emelda Sari, Syifa Aqila Abdul Rahman, Nurul Fatihah Adilah Hasnul Hissyam, Kelly Wong Wai Sin, Carolnesa Dorie Tan Kar Mean, dan Sitti Nur Aisah Puyoh.


Seminar ini turut mengiktiraf hasil kajian isu terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar, iaitu Nur Najwa Asyranie Alias, Siti Hajjar Abd. Rahman, Nur Aina Syahmina Basri, Izzat Danial Haq Yusri, Faiz Ukail Salikin, Nuzul Aiman Nazri, Nur Syahirah binti Abdul Hadi, Nurnabila Abdul Rahim, Nurul Hanadilaila Abdul Wahid, dan Siti Amirah Nurbalqis Shamzuri.
Selain itu, Anugerah Khas Seminar Isu-Isu Ekonomi dan Kewangan telah dianugerahkan kepada Syifa Aqila Abdul Rahman, Nurul Hanadilaila Abdul Wahid, dan Muhammad Asnawi Gan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan keunikan kajian yang dibentangkan.
Penganjuran Seminar Isu-Isu Ekonomi dan Kewangan ini jelas membuktikan komitmen Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) dalam menyediakan platform terbaik kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk merasai pengalaman seminar di peringkat akademik dan profesional.
Secara keseluruhannya, seminar ini merupakan satu usaha berterusan Jabatan Ekonomi melalui kursus berkredit PER3023 Penyelidikan Ekonomi Kewangan dan Komunikasi dalam melahirkan generasi mahasiswa yang celik penyelidikan, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara.
