Tanjong Malim, 22 November 2025- Program Projek Santun Masyarakat: Seuntai Kasih Sejuta Harapan, anjuran pelajar bagi subjek KPG3013, telah berjaya dilaksanakan dengan penuh bermakna di Pusat Aktiviti Warga Emas, Kampung Ketoyong.
Program ini melibatkan penyertaan mahasiswa/i serta warga emas setempat dalam suasana harmoni dan mesra komuniti.
Program ini bertujuan untuk menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta keprihatinan sosial dalam kalangan mahasiswa terhadap golongan warga emas.
Selain itu, program ini juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara generasi muda dan warga emas melalui aktiviti berasaskan komuniti.
Antara pengisian program termasuk sesi senaman pagi, sarapan bersama, sesi ramah mesra serta aktiviti utama iaitu lukisan mural yang dilaksanakan secara bergotong-royong.
Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan persekitaran pusat aktiviti, malah memberi peluang kepada peserta dan warga emas untuk bekerjasama serta berinteraksi secara langsung.

Program ini turut mendapat sambutan positif daripada warga emas yang hadir, di mana mereka meluahkan rasa gembira dan dihargai dengan kehadiran mahasiswa yang meluangkan masa bersama mereka. Suasana ceria dan penuh kemesraan jelas terpancar sepanjang program berlangsung.
Secara keseluruhannya, Projek Santun Masyarakat: Seuntai Kasih Sejuta Harapan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk nilai kemanusiaan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa.
