Gambar Delegasi UPSI Bersama Pihak Pengurusan Universiti Tsukuba, JepunGambar Delegasi UPSI Bersama Pihak Pengurusan Universiti Tsukuba, Jepun

oleh : Muhammad Afizi, Muhammad Nabil & Md Raysul

Jepun – Pada 9 sehingga 11 Januari 2025, seramai 3 iaitu orang wakil kepimpinan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Muhammad Afizi Zazani (FSM), Muhammad Nabil Fahmy (FSK) dan Md Raysul (FKMT) telah pun terpilih untuk mewakili UPSI ke Global Student Leadership Summit 2026 (GSLS’26) di Universiti Tsukuba, Ibaraki, Jepun.

Ketiga-tiga wakil kepimpinan mahasiswa UPSI ini telah pun membentangkan hasil kajian bersifat kepimpinan dan dibawa ke pentas global untuk diutarakan sebagai sebuah penanda aras kepada pemikiran kritis kepimpinan muda masa kini .

“Program ini sangat membantu kepimpinan anak muda pada hari ini untuk mengutarakan pelbagai idea kepimpinan dari segenap aspek di peringkat global.

“Hal ini selari dengan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu untuk meningkatkan lagi keterlihatan kepimpinan muda Malaysia di peringkat antarabangsa.” ujar salah seorang wakil delegasi UPSI iaitu Muhammad Afizi Zazani Muddin.

Salah seorang delegasi perwakilan mahasiswa antarabangsa UPSI iaitu Md Raysul Islam Siyam juga berkata, program ini juga turut menampilkan pelbagai pertukaran idea dan diskusi kepimpinan yang mencungkil bakat serta kemahiran komunikasi yang ada.

“Bukan itu sahaja, segala hasil kajian yang dibentangkan menjadi platform kepada pemimpin muda yang menyertai program ini untuk terus mewujudkan suasan diskusi sihat dan matang serta bersifat global.”

Gambar Kesemua Delegasi di GSLS’26
Delegasi UPSI Bersama En. Hirman Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPT

Secara keseluruhannya, Program Global Student Leadership Summit 2026 (GSLS’26) adalah sebuah platform yang sesuai dalam melahirkan kepimpinan muda yang bersifat global dan mempunyai daya pemikiran kritis dalam menyelesaikan banyak perkara.

Semoga platform ini terus berkembang dan berjaya melahirkan kepimpinan muda Universiti Pendidikan Sultan Idris yang lebih berdaya saing dan mampu mendepani cabaran global pada masa akan datang.