Murid, guru dan mahasiswa UPSI berganding bahu menjayakan Program International Green Generation Project 2.0 dalam suasana penuh perpaduanMurid, guru dan mahasiswa UPSI berganding bahu menjayakan Program International Green Generation Project 2.0 dalam suasana penuh perpaduan

KUALA KANGSAR, 12 April 2026 – Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menganjurkan International Green Generation Project 2.0 yang berlangsung pada 11 hingga 12 April 2026 di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi di sini.

Program berteraskan kelestarian alam sekitar dan perpaduan itu dirasmikan oleh Pengetua Kolej Awang Had Salleh, UPSI, Dr. Mardiana Ismail.

Perasmian program oleh Pengetua Kolej Awang Had Salleh, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Mardiana binti Ismail bersama murid dan mahasiswa UPSI yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan mesra komuniti.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong dan pemasangan tangka air bagi taman herba di kawasan sekolah yang melibatkan penyertaan aktif pelajar dan mahasiswa UPSI
Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong dan pemasangan tangka air bagi taman herba di kawasan sekolah yang melibatkan penyertaan aktif pelajar dan mahasiswa UPSI

“Menurut beliau, mahasiswa perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan dalam memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti setempat.”

“Program seperti ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan kelestarian alam sekitar, malah mengukuhkan nilai perpaduan melalui penglibatan bersama komuniti,” katanya.

Program bertemakan “Building Tomorrow, Sustaining Today Through Unity” itu melibatkan penyertaan murid sekolah, mahasiswa UPSI serta komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, penanaman pokok dan penambahbaikan landskap Taman Herba sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan terhadap kerjasama strategik antara pihak UPSI dan sekolah dalam menjayakan program tersebut.

“Kerjasama ini memberi impak besar kepada murid serta persekitaran sekolah, selain menggalakkan pembelajaran berasaskan pengalaman,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG serta guru-guru sekolah, yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap pelaksanaan program ini. 

Ucapan dari Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi
Kerjasama erat antara Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dan simbolik Perasmian pelepasan ikan ke kolam dalam Green House.
Kerjasama erat antara Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dan simbolik Perasmian pelepasan ikan ke kolam dalam Green House.

Sebagai simbolik penutupan program, majlis diakhiri dengan acara pelepasan ikan sepat ke dalam kolam di rumah hijau sekolah yang melambangkan keseimbangan ekosistem dan kelestarian alam.

Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 11, 12, 13 dan 17 yang menekankan aspek komuniti mampan, penggunaan sumber secara bertanggungjawab, tindakan terhadap perubahan iklim serta kerjasama strategik.

Kerjasama antara Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), pihak sekolah serta komuniti setempat berjaya memberi impak positif dalam memperkukuh hubungan universiti dan masyarakat.

Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap isu alam sekitar serta berupaya menyumbang kepada pembangunan mampan negara pada masa hadapan.

Usaha sebegini juga selari dengan peranan universiti dalam membentuk mahasiswa yang holistik dan berdaya saing.

Program ini bukan sahaja menceriakan persekitaran sekolah, malah memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan komuniti dalam usaha memupuk nilai kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.