Sesi Fotografi bersama peserta Nexus Dialogue: Beyond the Lecture HallSesi Fotografi bersama peserta Nexus Dialogue: Beyond the Lecture Hall

Oleh: Adib Irfan Jaffri & Nur Hayana Julkipli

Tanjong Malim, 20 April 2026 – Program “Nexus Dialogue: Beyond The Lecture Hall“ anjuran Exco Akademik dan Intelektual Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 2025/2026 berjaya mencatatkan sejarah dimana program berbentuk forum ini telah disertai oleh 1,300 peserta yang terdiri daripada mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universitas Bina Darma Indonesia (UBD), Universitas Batu Raja dan Universitas Pendidikan Indonesia Tasikmalaya (UPI).

Program yang berbentuk bual bicara santai ini mengetengahkan prespektif serta pengalaman mahasiswa/i dalam mendepani realiti krisis global masa kini. Forum ini juga berjaya menghubungkan ilmu akademik dengan situasi sebenar yang dihadapi oleh mahasiswa/i. 

Pendaftaran Peserta
Peserta Delegasi Indonesia daripada Universitas Bina Darma & Universitas Pendidikan Indonesia
Sesi Bicara Mahasiswa bersama Panel-Panel dari UPSI,UBD dan UPI

Pelaksanaan program ini merangkumi dua sesi utama, iaitu sesi bicara mahasiawa dan sesi bicara pensyarah. Bagi sesi pandangan mahasiswa, forum ini menampilkan panel dari beberapa wakil pelajar iaitu Saudara Ng Zhen Fan Shankar, mantan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Fidela Fatimah Firjatullah, Mahasiwa Jabatan Psikologi UBD dan Muhammad Naufal Rizqi Aulia, Studi S1 Bisnis Digital UPI serta moderator Muhammad Ali Azizi Bin Abd Aziz, Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar yang membahaskan tentang isu ekonomi dan tekanan yang dihadapi mahasiswa sepanjang pengajian mereka. 

Manakala bagi sesi bicara pensyarah pula, forum ini menampilkan En. Mohd Dzikri Ar Rildo, Sids, M.ds, Pensyarah bidang Visual Design UPI, Dr. Nuzsep Almigo, Dekan Fakultas Sosial Humaniora UBD, Profesor Madya Dr. Nurul` Ain’ Hidayah Binti Mohd Abas, Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia UPSI serta Dr. Mohd Fadhil Harfiez Bin Abdul Mutalib, Pensyarah Fakulti Komputeran & Meta – Teknologi UPSI selaku moderator yang mengupas isu iklim dan kesihatan mental.

Sesi Bicara Pensyarah bersama Panel-Panel dari UPSI,UBD dan UPI
Ucapan ChM. Dr. Mohamad Saufi Bin Rosmi, Pengerusi Majlis Felo Kolej-Kolej  Kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris

Dalam ucapan perasmian oleh Pengerusi Majlis Felo Kolej-Kolej  Kediaman, ChM. Dr Mohamad Saufi Rosmi, “ilmu tidak sepatutnya terhenti di dalam kelas sahaja, tetapi perlu dikaitkan dengan situasi sebenar supaya lebih bermakna dan relevan dengan dunia”. Beliau juga menyatakan bahawa penglibatan mahasiswa dan pensyarah dari Malaysia dan Indonesia juga menjadikan perbincangan ini lebih tercapai dimana perkongsian pengalaman rentas negara dan sudut pandangan yang berbeza menjadikan forum ini lebih berkesan.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektif penganjuran dengan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang realiti krisis global serta menyemai kesedaran untuk menterjemahkan ilmu kepada tindakan. Melalui perkongsian dua hala, program ini turut mencetus inspirasi dan menggalakkan peserta berfikir secara kritis sebagai agen perubahan. Program ini juga berjaya membina kesedaran bahawa mahasiswa bukan sekadar pemerhati, tetapi individu yang berperanan aktif dalam menyumbang idea serta membawa perubahan positif kepada masyarakat dan dunia.