Oleh : Muhammad Zul’ Ashryn

Tanjong Malim, 10 Mei 2026 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus menerapkan bukan sahaja pendidikan namun juga praktik islamik dalam kalangan pelajar. Program ini berlangsung selama 4 hari bermula pada 10 Mei hingga 13 Mei di tapak pesta KAB, UPSI. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar serta memberi peluang kepada pempengaruh terkenal untuk berkongsi ilmu bersama-sama pelajar.

Malam pembukaan program dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan AURA yang berjaya menarik perhatian para hadirin dengan alunan harmoni dan mesej dakwah yang menyentuh jiwa. Selain itu, kumpulan qasidah Al-Basyair turut mempersembahkan lantunan qasidah yang menambahkan suasana kerohanian dan ketenangan sepanjang majlis tersebut berjalan.

Program Muallim Berselawat turut menampilkan penceramah jemputan iaitu saudara Iddin Ramli yang dikenali sebagai seorang pempengaruh dan pendakwah bebas terkenal yang berkongsi ilmu menerusi tajuk “Adab Pendidik Dalam Mendidik”. Perkongsian

beliau menekankan kepentingan adab serta akhlak dalam dunia pendidikan, khususnya dalam membentuk generasi guru yang berilmu, beretika dan berjiwa pendidik sejati sebagai pewaris ilmu.

Menurut Qayum Haziq, program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara pelajar, selain memberi ruang kepada mereka untuk mendalami nilai Islam melalui pendekatan santai dan kreatif. Kehadiran para pelajar dan warga universiti sepanjang program menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan terhadap usaha memperkasa pendidikan berteraskan spiritual di UPSI.

Selain itu, menurut Isyraq Raqin pula, program ini juga menggalakkan para pelajar untuk sentiasa berselawat agar dapat memperoleh ketenangan jiwa dalam kesibukan menimba ilu di universiti selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan rakan-rakan.

Dengan penganjuran program seperti Malam Muallim Berselawat, UPSI terus membuktikan peranannya bukan sekadar sebagai institusi pendidikan, tetapi juga sebagai pusat pembangunan insan yang menyeimbangkan antara ilmu duniawi dan ukhrawi.