Oleh: Nur Syuhada Zahar Nordin, Muhammad Alif Khuzaifi

TANJONG MALIM, 09 Mei 2026 – Program Empire Journey 6.0: Eksplorasi Ilmiah Pulau Perhentian bertemakan “Mahasiswa Bersama Masyarakat” telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 07 hingga 09 Mei 2026 di Pulau Perhentian, Terengganu, sekali gus menjadi platform terbaik dalam membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah kaya dengan nilai kemasyarakatan, kepimpinan dan jati diri.

Program anjuran Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) ini bukan sekadar sebuah ekspedisi biasa, sebaliknya menjadi medan yang mempertemukan mahasiswa dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi yang sarat dengan elemen kebersamaan, kesukarelawanan dan pembelajaran lapangan.

Pengetua UKLK UPSI menyampaikan bakul makanan kepada penerima sumbangan
Pengetua UKLK UPSI menyampaikan bakul makanan kepada penerima sumbangan
Mahasiswa dan belia kampung mengeratkan ukhuwah melalui aktiviti santai di pantai.

Hari pertama program dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan. Seusai majlis, peserta meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial melalui pengagihan bakul makanan kepada penduduk sekitar Pulau Perhentian sebagai simbol keprihatinan mahasiswa UPSI terhadap kebajikan komuniti setempat.

Suasana kemudiannya bertambah meriah dengan pelbagai aktiviti riadah pantai dan permainan santai bersama belia kampung. Gelak tawa yang menghiasi pesisiran pantai bukan sahaja mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan masyarakat, malah menjadi medium terbaik dalam menyemai nilai ukhuwah, kerjasama serta semangat kebersamaan tanpa mengira latar belakang.

Mahasiswa dan belia kampung mengeratkan ukhuwah melalui aktiviti santai di pantai.
Eksplorasi alam membuka mata para peserta terhadap keindahan dasar lautan yang kaya dengan hidupan marin.
Eksplorasi alam membuka mata para peserta terhadap keindahan dasar lautan yang kaya dengan hidupan marin.

Program turut diserikan dengan aktiviti eksplorasi alam yang membawa peserta menyaksikan sendiri keindahan hidupan marin serta kejernihan dasar laut Pulau Perhentian. Pengalaman tersebut bukan sahaja memberi ketenangan jiwa, malah membuka kesedaran tentang kepentingan memelihara khazanah alam sekitar demi generasi akan datang.

Selain aktiviti kebajikan, para peserta turut mengambil peluang memperkenalkan Universiti Pendidikan Sultan Idris kepada komuniti setempat melalui inisiatif promosi pendidikan. Peserta telah mengedarkan risalah “Jom Masuk UPSI” kepada anak-anak dan remaja di perkampungan nelayan sekitar Pulau Perhentian, di samping memberikan penerangan berkaitan syarat-syarat kemasukan, program pengajian serta peluang pendidikan yang ditawarkan di UPSI. Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang pendedahan awal kepada generasi muda tentang hala tuju pendidikan tinggi, malah mencerminkan komitmen mahasiswa UPSI dalam menyebarluaskan akses pendidikan kepada masyarakat luar bandar.

Pada sebelah malam, peserta berpeluang menyaksikan Pertandingan Dikir Barat Zon Pantai Timur yang menampilkan persembahan daripada tiga kumpulan mewakili negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Persembahan yang sarat dengan identiti budaya tempatan itu berjaya memukau perhatian para peserta. Menurut salah seorang peserta, Reynald, 27, pengalaman tersebut amat bermakna kerana ia merupakan kali pertama beliau menyaksikan persembahan dikir barat secara langsung.

Menyantuni komuniti setempat sambil menyebarkan inspirasi pendidikan kepada generasi muda Pulau Perhentian melalui inisiatif “Jom Masuk UPSI”.
Menyantuni komuniti setempat sambil menyebarkan inspirasi pendidikan kepada generasi muda Pulau Perhentian melalui inisiatif “Jom Masuk UPSI”.
Pertandingan Dikir Barat membuka peluang para peserta merasai sendiri keindahan seni hiburan pantai timur.

Pada hari terakhir, peserta bertolak meninggalkan Pulau Perhentian pada jam 8.00 pagi menuju ke Jeti Kuala Besut sebelum meneruskan perjalanan ke Universiti Malaysia Terengganu bagi sesi kunjungan bersama Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK). Dalam sesi tersebut, peserta didedahkan dengan struktur organisasi JPLK serta pelbagai program pembangunan mahasiswa yang telah dilaksanakan. Pada masa yang sama, pihak UPSI turut berkongsi pelaksanaan program berimpak tinggi yang digerakkan oleh MMKLK.

Lawatan diteruskan ke kawasan kolam hidroponik dan pusat penternakan lebah kelulut yang dibangunkan menerusi inisiatif UMTNiaga. Peserta bukan sahaja didedahkan dengan proses pengurusan projek keusahawanan tersebut, malah berpeluang merasai sendiri produk berasaskan madu kelulut seperti aiskrim, energy bar dan biskut.

Pertandingan Dikir Barat membuka peluang para peserta merasai sendiri keindahan seni hiburan pantai timur.
Lawatan ke JPLK UMT membuka peluang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan organisasi.
Lawatan ke JPLK UMT membuka peluang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan organisasi.

Sebelum menamatkan ekspedisi, para peserta berangkat pulang ke Tanjong Malim dengan membawa pelbagai pengalaman berharga serta kenangan yang sukar dilupakan. Program ini berjaya mencapai objektif utamanya dalam memperkukuh hubungan antara mahasiswa UPSI dan komuniti setempat, di samping membentuk mahasiswa yang lebih cakna, berdaya saing dan dekat dengan masyarakat.

Menurut Iqmal, 23, program tersebut memberi pengalaman baharu yang amat bermakna buat dirinya kerana berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penduduk kampung, malah lebih menarik apabila beliau mendapati salah seorang penduduk di kawasan tersebut merupakan alumni UPSI.

Para peserta dibawa melawat ke kawasan-kawasan pertanian yang diusahakan JPLK dalam usaha memberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam bidang keusahawanan.