TANJUNG MALIM, 6 Oktober 2026 – Seramai lapan orang alumni Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang merupakan sebahagian daripada keluarga Anak Kandung Suluh Budiman kembali mengunjungi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas inisiatif sendiri untuk mengunjungi alma mater yang pernah menjadi tempat mereka menimba ilmu. Kunjungan tersebut menjadi peluang bermakna buat para alumni untuk mengimbau kenangan zaman pengajian serta melihat perkembangan universiti yang menyimpan pelbagai kenangan sepanjang zaman pengajian mereka.
Sempena kunjungan tersebut, Pusat Alumni UPSI turut menyambut dan meraikan kehadiran para alumni sebagai tanda penghargaan terhadap hubungan yang terus terjalin antara alumni dengan universiti. Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra apabila para alumni bertanya khabar, berkongsi cerita dan mengimbau pengalaman masing-masing selepas sekian lama tidak bertemu. Perkongsian tersebut mengimbau pengalaman yang pernah dilalui bersama sepanjang berada di MPSI.
Sebahagian daripada pengisian kunjungan, Pusat Alumni turut mengiringi para alumni melawat muzium universiti. Lawatan ini membuka peluang kepada mereka untuk menelusuri sejarah institusi dan mengimbau kenangan zaman pengajian, selain mengimbau suasana kehidupan sebagai siswa pada masa lalu. Kunjungan ke muzium turut menjadi ruang untuk mengenang perjalanan institusi yang pernah memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman dan kehidupan mereka.
Walaupun masing-masing telah melalui perjalanan hidup serta kerjaya yang berbeza, identiti sebagai Anak Kandung Suluh Budiman terus menjadi pengikat hubungan antara mereka. Kunjungan ini memperlihatkan bahawa hubungan dengan alma mater terus terpelihara meskipun telah lama menamatkan pengajian, sebaliknya terus hidup melalui ingatan, pengalaman dan keinginan untuk kembali menjejakkan kaki ke tempat yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Pusat Alumni UPSI sentiasa menghargai kesudian para alumni untuk kembali mengunjungi universiti dan melihat sendiri perkembangan alma mater. Kunjungan seperti ini juga membuka ruang kepada Pusat Alumni untuk terus memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama dengan para alumni.
Sesungguhnya, kepulangan ke alma mater bukan sekadar lawatan,malah melambangkan hubungan erat yang terus terpelihara, tetapi juga perjalanan kembali kepada kenangan, persahabatan dan pengalaman yang membentuk diri. Semangat Sirih Pulang ke Gagang mencerminkan betapa eratnya hubungan antara alumni dengan institusi yang pernah menjadi tempat mereka menimba ilmu, selaras dengan semangat Anak Kandung Suluh Budiman yang terus utuh merentas generasi.
