Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang mengambil kursus Cybersecurity Awareness (DSC2013) telah melaksanakan Program Bijak Gajet yang melibatkan seramai 10 orang pelajar UPSI bertempatkan SK Seri Budiman.
Program ini menyasarkan seramai 41 orang murid tahun 1 dan 2 dengan tujuan memperkenalkan cara menggunakan gajet dengan bijak melalui kaedah pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Program ini juga bertujuan menyemai minat serta keterujaan terhadap pembelajaran bergambar-gambaran.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik berasaskan pembelajaran secara permainan (game-based learning) dan interaksi aktif telah dilaksanakan. Antaranya termasuk Kad Situasi, Aktif Tanpa Gajet, Drama Mini, Maze Drawing, Mind Game.
Aktiviti-aktiviti ini direka khas untuk meningkatkan keterujaan murid terhadap tanpa gajet melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Setiap aktiviti memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran asas seperti melukis, mewarna, menulis dan melakon.

Selain menyokong pembelajaran yang berkesan, pendekatan ini juga memupuk nilai murni seperti kerjasama, toleransi, dan keyakinan diri, memandangkan aktiviti dilaksanakan secara berkumpulan untuk menggalakkan semangat kerjasama dan interaksi positif antara murid tanpa gajet.
Seiring dengan seruan pembelajaran abad ke-21, pendekatan pembelajaran secara campuran ini dirancang untuk memupuk minat dan keterujaan murid dalam memahami cara belajar secara manual tanpa gajet. Kaedah ini bukan sahaja membuka ruang penerokaan yang lebih luas, tetapi juga menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menarik, interaktif, dan bermakna.

Melihat kepada impak positif dan keterlibatan aktif murid-murid dari Sk Seri Budimant, program seperti ini wajar diteruskan dan dijadikan model pelaksanaan untuk program Bijak Gajet di masa hadapan.

