Oleh : Mohd Zulkarnain Bin Maddasul & Dr. Ahmad Sauffiyan Bin Abu Hasan
Isu kelestarian alam sekitar semakin mendapat perhatian dalam pelbagai sektor, termasuk institusi pendidikan tinggi. Kampus universiti bukan sahaja berfungsi sebagai penyebaran ilmu tetapi juga berperanan untuk membuat perubahan sosial dalam pembentukan masyarakat yang peka terhadap kelestarian. Sehubungan itu, pelaksanaan kempen kelestarian kampus dilihat sebagai satu langkah strategik dalam menyemai kesedaran dan menggalakkan amalan lestari dalam kalangan warga universiti.
kempen kelestarian kampus merangkumi pelbagai inisiatif seperti pengurangan penggunaan plastik sekali guna, pengurusan sisa makanan dan pemeliharaan ruang hijau di kawasan kampus. Usaha – usaha ini bukan sahaja memberi impak positif terhadap alam sekitar, mala membentuk sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar, pensyarah dan kakitangan universiti.
Menurut salah seorang pengarah program mini kempen kelestarian alam, Nick Amirolzaman, kempen Pack & Protect ini dirangka bukan sekadar sebagai aktiviti bermusim tetapi sebagai pendekatan pendidikan dalam jangka masa panjang. “Kempen Pack & Protect ini bertujuan untuk membantu inisiatif UPSI mengurangkan penggunaan plastik makanan yang telah meningkatkan sisa bahan buangan, inisiatif ini juga membantu para siswazah untuk menerapkan sifat berjimat cermat dari segi penggunaan bekas makanan yang boleh digunakan berulang kali.” Jelas beliau.
Dari sudut akademik, kempen kelestarian kampus selari dengan peranan universiti sebagai median pembentukan nilai dan sikap. Pendedahan berterusan terhadap isu kelestarian mampu mempengaruhi tingkah laku individu melalui proses pembelajaran sosial dan pemerhatian.
Walau bagaimanapun, kejayaan kempen kelestarian kampus amat bergantung kepada tahap penglibatan dan komitmen seluruh warga universiti. Tanpa sokongan, usaha yang dijalankan berisiko menjadi sekadar simbolik. Oleh itu, kerjasama daripada pihak universiti, pelajar serta warga kampuns sangat memainkan peranan yang penting dalam menjadikan kelestarian kampus sebagai budaya dan bukannya simbolik.
