oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjong Malim, 18 Mac 2026 – Pejabat Karang Mengarang (PKM) menghargai rakan strategik dalam penerbitan dan perbukuan dengan menyerahkan kad dan bingkisan raya di beberapa pejabat kerajaan dan syarikat di ibu kota baru baru ini.

Pengarah PKM, Profesor Madya Dr Nordiana Hamzah ketika ditemui pada hari ini berkata, serahan kad dan bingkisan raya merupakan salah satu inisiatif Universiti bagi merapatkan hubungan dengan rakan strategik yang banyak berurusan sepanjang tahun.

“PKM amat menghargai setiap rakan strategik yang sama sama bekerjasama dalam bidang penerbitan bagi meningkatkan industri penerbitan dan perbukuan negara” kata Nordiana.

Menurut Dr Nordiana lagi, antara rakan strategik yang menerima kad dan bingkisan raya termasuklah Perpustakaan Negeri Selangor, Perpustakaan Kuala Lumpur, Syarikat MindAppz dan Institut Terjemahan Buku Negara (ITBM).

“Serahan kad dan bingkisan raya disempurnakan oleh kakitangan PKM, Zaharuddin Hamzah dan Megat Iskandar Shah Megat Hassan yang seharian berada di Kuala Lumpur pada 11 Mac 2026 lalu” kata Dr Nordiana.

PKM turut menyerahkan kad dan bingkisan raya kepada Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd pada 9 Mac 2026 lalu melalui satu sesi perbincangan dan kunjungan ke pejabat itu oleh Pengarah PKM bersama kakitangan Seksyen Penerbitan Buku.

“Semua rakan strategik yang menerima kad dan bingkisan berasa sangat gembira. Mereka merakamkan ucapan terima kasih kepada PKM dan UPSI. Mereka juga mengharapkan agar kerjasama strategik ini diteruskan lagi pada masa akan datang” tambah Dr Nordiana.

Sempena Hari Raya yang bakal tiba, Dr Nordiana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikan hari mulia ini.

“terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong PKM selama ini” tambah Dr Nordiana ketika mengakhiri perbualan