Di antara barisan pensyarah jawatankuasa Olimpiad Matematik Universiti Pendidikan Sultan IdrisDi antara barisan pensyarah jawatankuasa Olimpiad Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris

Oleh: Dr. Nor Suriya Abd Karim, Dr. Adib Mashuri, Dr. Ijal Mohd Diah, Dr. Noor Alhuda Madzlan, Dr. Noor Wahida Md. Junus, Dr. Noor Hafizah Md Husin, Dr. Mohd Shahridwan Ramli & Encik Mohamad Faiz Farhan bin Abdul Rahman

Tanjong Malim, 8 April 2026— Satu  pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang melibatkan 51 orang pelajar Fakulti Sains dan Matematik dari pelbagai program pengajian.

Pertandingan Olimpiad Matematik yang dianjurkan oleh Jabatan Matematik, Fakulti Sains dan Matematik ini ini dilaksanakan bagi mencungkil bakat serta mengasah keupayaan pelajar dalam bidang matematik, sejajar dengan usaha melahirkan graduan yang unggul dan berdaya saing yang tinggi.

Program ini merangkumi beberapa peringkat pelaksanaan yang sistematik, bermula dengan sesi saringan di peringkat universiti yang diadakan pada 8 April 2026.  

Pelajar  yang berupaya menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang matematik pada peringkat saringan ini akan dilatih dan dibimbng sebagai persediaan untuk menyertai pusingan kelayakan secara dalam talian pada 18 April 2026 sebelum berentap dalam pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 23 Mei 2026.

Di antara ragam pelajar sewaktu menjawab soalan Olimpiad Matematik
Di antara ragam pelajar sewaktu menjawab soalan Olimpiad Matematik
Di antara ragam pelajar sewaktu menjawab soalan Olimpiad Matematik

Menurut penganjur, pertandingan ini bertujuan menguji keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik aras tinggi di samping menggalakkan budaya kecemerlangan akademik dalam kalangan mahasiswa.

Sesi saringan di peringkat universiti dilihat sebagai platform penting untuk mengenal pasti pelajar terbaik sebelum mereka mara ke peringkat seterusnya.

Selain itu, program ini turut memberi pendedahan kepada pelajar terhadap bentuk penyelesaian masalah matematik yang lebih kompleks serta pengalaman menyertai pertandingan akademik berprestij.

Pendedahan ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran intelektual pelajar, termasuk pemikiran kritis dan analitikal, yang amat diperlukan dalam dunia akademik dan kerjaya masa kini.

Menurut Muhammad Hafiz Fikri Razali, penyertaan beliau dalam pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris ini memberi peluang kepada beliau ini untuk menguji kemahiran matematik yang telah dipelajari selama ini dan dalam masa

Dalam masa yang sama, penyertaan dalam pertandingan seumpama ini juga berupaya memperkukuh daya saing pelajar di peringkat nasional.

Usaha ini selaras dengan aspirasi institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai keupayaan berfikir aras tinggi dan kebolehan menyelesaikan masalah secara kreatif.

Peserta pertandingan Olimpiad Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama pensyarah

Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan keunggulan graduan yang holistik, seterusnya memperkukuh reputasi institusi dalam melahirkan modal insan berkualiti tinggi dalam bidang matematik dan disiplin berkaitan.