Pelajar dari Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Betong menyertai Program Rekreasi Pelancongan di UPSI Adventure Park (UAP), UPSIPelajar dari Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Betong menyertai Program Rekreasi Pelancongan di UPSI Adventure Park (UAP), UPSI

Oleh Aiman Hariz

TANJUNG MALIM, 6 April 2026 – Seramai 18 pelajar dari Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Betong, Sarawak bersama lima orang pensyarah telah menyertai Program Rekreasi Pelancongan yang telah berlangsung di UPSI Adventure Park (UAP),Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  

Program ini dikendalikan oleh Unit Aurora, Pusat Kokurikulum, UPSI dengan sokongan fasilitator terlatih dalam kalangan pelajar UPSI.

Program yang berlangsung pada 6 hingga 7 April 2026 ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada peserta berkaitan kemahiran berkayak serta meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti pendidikan luar.

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan teknik asas pengendalian kayak, termasuk aspek keselamatan dan teknik dayungan yang betul.

Aktiviti Kayak
Aktiviti High Element
Aktiviti Flying Fox

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai aktiviti tali tinggi seperti high element, abseiling, wall climbing dan flying fox yang dapat membina keyakinan serta keberanian diri.

Aktiviti ini bukan sahaja menguji tahap fizikal, malah membantu meningkatkan kemahiran komunikasi serta pembelajaran berterusan dalam kalangan peserta.

Menurut Penyelaras Pendidikan Aurora, Dr. Azi Azeyanty Jamaludin, program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman baharu kepada peserta di samping memupuk minat terhadap aktiviti pendidikan luar.

Sementara itu, Penyelaras UPSI Adventure Park dan Glamping Park, Dr. Nor Asiah Mohamad@Razak memaklumkan bahawa peserta memberikan maklum balas yang sangat positif serta menyatakan aktiviti yang dijalankan menyeronokkan dan bermanfaat untuk diaplikasikan pada masa hadapan.  

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara institusi serta membuka peluang kepada peserta untuk meneroka bidang pendidikan luar dengan lebih mendalam.