Gambar pelajar ISMP Pendidkan Moral bersama MySkills FoundationGambar pelajar ISMP Pendidkan Moral bersama MySkills Foundation

Oleh: Nurul Sufi Sufa’a Binti Mohamad Nizam & Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan

 TANJONG MALIM , 20 Mei – Dalam usaha memperkukuhkan kemahiran pengajaran dan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, pelajar AT41 – ISMP Pendidikan Moral telah menjalankan program komuniti bersama MySkills Foundation. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta melalui kepelbagaian kaedah pembelajaran serta aktiviti yang berasaskan interaksi dan penglibatan aktif.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sesi suai kenal, aktiviti berkumpulan, permainan pendidikan dan perkongsian ilmu. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan, malah membantu peserta memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

Permainan yang dijalankan dalam program

Program ini juga memberi peluang kepada pelajar ISMP Pendidikan Moral untuk mengaplikasikan kemahiran pengajaran, komunikasi dan kepimpinan dalam situasi sebenar. Penglibatan secara langsung bersama komuniti turut membantu membina nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelawanan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam memperkasakan pendidikan melalui pembelajaran interaktif serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua pihak yang terlibat.