Tanjong Malim, 24 Mei 2026 – Kelab Racing and Automotive Club (RAVEC), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengorak langkah dalam memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) apabila mewakili universiti dalam Program Jelajah AIM TVET Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh pada 16 Mei 2026.
Penyertaan delegasi UPSI ini melibatkan tiga mahasiswa Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), iaitu Muhammad Norhysyam Bin Umar, Amirul Hakimi Bin Ahmad Termezi dan Faizuddin Zakaria yang berperanan sebagai pempamer inovasi serta teknologi TVET sepanjang program berlangsung.
Penyertaan mereka turut mendapat sokongan padu daripada dua staf FTV, iaitu Encik Helmi Bin Mukhsin dan Encik Amir Azril bin Mohd Ali, selain bimbingan daripada dua pensyarah, Dr. Abdul Muqsith Bin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Zaliza Binti Hanapi.
Program Jelajah AIM TVET merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan bidang TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.
Program ini turut menjadi platform penting dalam mengubah persepsi masyarakat bahawa TVET bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya pemacu utama dalam melahirkan tenaga kerja mahir, inovatif dan kompeten selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pameran teknologi, demonstrasi kemahiran, aktiviti hands-on, pertandingan inovasi serta sesi interaksi bersama industri dan komuniti TVET. Kehadiran pelbagai institusi pendidikan dan latihan kemahiran menjadikan program ini sebagai medium terbaik dalam mempromosikan budaya inovasi dan teknologi kepada masyarakat setempat.
Dalam pameran tersebut, mahasiswa RAVEC UPSI telah mengetengahkan beberapa projek teknologi dan pembelajaran interaktif seperti EVxplore Board, Tinybot, mBot serta demonstrasi penggunaan dron sebagai medium pembelajaran STEM dan automasi.
Pameran yang dikendalikan oleh mahasiswa UPSI berjaya menarik perhatian pengunjung khususnya pelajar sekolah yang berpeluang melihat sendiri aplikasi teknologi dalam bidang elektronik, robotik dan automasi secara lebih dekat.
Selain mempamerkan inovasi teknologi, penyertaan mahasiswa UPSI dalam program ini turut memberi impak besar terhadap pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan dan keyakinan diri.
Pengalaman berinteraksi dengan masyarakat serta pemain industri turut membantu mahasiswa memahami keperluan sebenar dunia pekerjaan dan cabaran semasa dalam bidang TVET.
Menurut wakil mahasiswa, program seperti Jelajah AIM TVET memberi peluang kepada pelajar universiti untuk berkongsi ilmu serta memperkenalkan teknologi dan inovasi kepada masyarakat, khususnya generasi muda.
Mereka juga berharap lebih banyak program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan masyarakat yang lebih celik teknologi serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang TVET dan STEM.
Penyertaan aktif RAVEC dalam program berimpak tinggi seperti ini membuktikan komitmen Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berketerampilan dalam aspek inovasi, teknologi dan kemahiran profesional.
Usaha ini juga selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkukuh jaringan komuniti dan memperkasakan pendidikan TVET di peringkat nasional.