TANJONG  MALIM, 14  JULAI  2026  —  Majlis  Watikah  Pelantikan  Campus  Election  Organization  (CEO)  sidang  2026/2027  telah  diadakan  di  Dewan  Kolej  Za’ba  ,  Kampus  Sultan  Azlan  Shah  (KSAS),  Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris  (UPSI).  Majlis  ini  dihadiri  oleh 50 orang, yang terdiri daripada ahli CEO.

 Majlis  ini  dihadiri  oleh  Timbalan  Naib  Canselor  (Hal  Ehwal  Pelajar  dan  Alumni)  UPSI,  Prof.  Dr.  Norkhalid  Salimin  yang  turut  menyampaikan  ucapan  perasmian  sekaligus  merasmikan  majlis,  Majlis  ini  turut  dimeriahkan  dengan  kehadiran  Timbalan  Pendaftar  Kanan,  Bahagian  Hal  Ehwal  Pelajar  (BHEP),  Puan  Maskana  Ahmad,  Dekan  Fakulti,  Timbalan-timbalan  Dekan  Fakulti,  Pengetua-pengetua  Kolej  Kediaman,  serta  barisan  Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Mahasiswa kolej-kolej kediaman UPSI.

 Dalam  ucapannya  beliau  menekankan  kepentingan  pendedahan  demokrasi  dalam  kalangan  mahasiswa  UPSI.  Beliau  menaruh  kepercayaan  penuh  kepada  barisan  CEO  yang  dilantik  untuk  menguruskan  proses  pemilihan  pada  November  nanti  dengan  penuh  integriti  dan  lancar.  Selain  memastikan  perjalanan  pilihan  raya  yang  telus,  aspirasi  utama  adalah  untuk  melihat  penglibatan  pelajar  yang  lebih  menyeluruh  serta  mewujudkan suasana persaingan yang sihat demi masa depan kepimpinan universiti.

Salah  satu  inti  pati  penting  dalam  ucapan  tersebut  adalah  seruan  kepada  pelajar  agar  sedar  akan  peranan  mereka  dalam  menentukan  kepimpinan  kampus.  Beliau  menegaskan,  “Tunaikanlah  kewajipan  masing-masing  dan  undilah  sebagai  tanggungjawab  kita  untuk  memilih  bakal-bakal  pemimpin  yang  terbaik  dalam  kalangan  yang  terbaik”. 

Petikan  ini  mencerminkan  harapan  agar  setiap  mahasiswa  mengambil  peluang  ini  untuk  mengamalkan  hak  demokrasi  mereka  dengan  penuh  tanggungjawab  demi melahirkan barisan MPP yang berkualiti.

 Seterusnya,  majlis  diteruskan  dengan  Penyerahan  Watikah  Pelantikan  kepada  ahli  baru  CEO.  Sesi  serah  tugas  diadakan,  dimana  Muhammad  Filous  Iman,  mantan  CEO  sidang  2025/2026,  menyerahkan  tanggungjawab  kepada  Nur  Annisa  Aisyah,  yang  kini  memegang  jawatan  sebagai  Pengerusi  Suruhanjaya  Pilihan  Raya  CEO  sidang  2026/2027. 

Annisa  turut  mengetuai  bacaan  ikrar  daripada  barisan  ahli  CEO  yang  baru  dilantik.Ini  menjadi  tanda  bahawa  komitmen  mereka  untuk  menjalankan  tugas  dengan  penuh amanah dan tanggungjawab.

Majlis  Watikah  Pelantikan  ini  bukan  sekadar  menandakan  permulaan  sesi  kepimpinan  baharu,  malah  menjadi  simbol  komitmen  Campus  Election  Organization  dalam  meneruskan  kecemerlangan  organisasi  melalui  penghayatan  nilai  kepimpinan,  keadilan,  integriti  dan  amanah.  Diharapkan  barisan  kepimpinan  CEO  Sidang  2026/2027  akan  terus  memainkan  peranan  yang  proaktif  dalam  memperkukuh  sistem  demokrasi  kampus  serta  menyumbang  kepada  pembangunan  sahsiah  dan  kepimpinan  mahasiswa.

Dengan  berakhirnya  majlis  ini,  seluruh  warga  CEO  sidang  2026/2027  diharapkan  dapat  menggalas  amanah  yang  diberikan  dengan  penuh  komitmen  dan  dedikasi,  seterusnya  bersama-sama  menyokong  aspirasi  Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris  untuk  terus  menjadi sebuah universiti yang unggul, cemerlang dan berdaya saing.