Sesi foto kenangan peserta dan jawatankuasa Program Jejak Warisan: “Mengimbau Tradisi, Mencipta Memori”Sesi foto kenangan peserta dan jawatankuasa Program Jejak Warisan: “Mengimbau Tradisi, Mencipta Memori”

oleh: Noorsyahiera Mukmin

TANJONG MALIM, 10 Oktober 2026 – Exco Blok Kediaman 2, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR) sidang 2026/2027 telah berjaya menganjurkan program Jejak Warisan: “Mengimbau Tradisi, Mencipta Memori” yang menghimpunkan para mahasiswa dalam pelbagai aktiviti berkonsepkan permainan tradisional dan sukaneka.

Program ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang interaktif dan menyeronokkan di samping mengenali serta menghayati warisan permainan tradisional.

Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada 30 kumpulan telah menyertai program Jejak Warisan: “Mengimbau Tradisi, Mencipta Memori”.

Setiap kumpulan yang dianggotai oleh 10 orang peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukaneka berkonsepkan permainan tradisional seperti ketingting, batu seremban, cap teh, tuju selipar, lastik botol, congkak, tuju guli, bowling kelapa, dan lari dalam guni.

Penglibatan peserta daripada pelbagai latar belakang ini bukan sahaja memeriahkan program, malah turut mewujudkan peluang untuk mengeratkan hubungan, memupuk semangat kerjasama dan mencipta pengalaman baharu bersama.

Selain itu, penganjuran program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya Matlamat 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) melalui aktiviti sukaneka yang sihat, Matlamat 4 (Pendidikan Berkualiti) menerusi pemeliharaan ilmu warisan budaya, serta Matlamat 11 (Bandar dan Komuniti yang Mampan) dalam memupuk semangat kebersamaan masyarakat.

Suasana meriah dan bermakna ini turut diakui oleh salah seorang peserta yang menyatakan, “Program ini sangat menyeronokkan dan saya gembira kerana dapat bermain pelbagai permainan tradisional yang sudah lama tidak dimainkan bersama rakan-rakan.”

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Program iaitu Saudari Nurfatiesha binti Zamree, berharap agar semua peserta dapat menikmati setiap aktiviti yang disediakan serta mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Beliau turut berharap agar program Jejak Warisan: “Mengimbau Tradisi, Mencipta Memori” dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan serta kenangan manis kepada semua peserta.

agar program Jejak Warisan: “Mengimbau Tradisi, Mencipta Memori” dapat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Beliau turut berharap agar semua peserta dapat mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan dan memanfaatkan peluang ini untuk mencipta yang kenangan manis. Penganjuran program seumpama ini juga diharapkan dapat menyemarakkan semangat kebersamaan serta mengekalkan minat generasi muda terhadap permainan dan warisan tradisional.

Ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program, Saudari Nurfatiesha binti Zamree
Penyempurnaan majlis perasmian oleh Saudara Hiranyan A/L Ravichandran
Sesi penyampaian hadiah kepada barisan pemenang Program Jejak Warisan

Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen dan penglibatan aktif yang menyokong saranan serta matlamat universiti dalam melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya saing dan menghargai warisan budaya.

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja mencetuskan suasana ceria dan kompetitif, malah memberi peluang kepada peserta untuk mengenali semula permainan tradisional yang sarat dengan nilai kebersamaan, kerjasama dan semangat bermasyarakat.

Kejayaan penganjuran Jejak Warisan membuktikan bahawa permainan tradisional masih relevan untuk diketengahkan dalam kalangan generasi muda sebagai salah satu medium untuk menghayati warisan budaya sambil membina hubungan yang lebih erat. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk minat terhadap warisan tradisional serta mencipta lebih banyak kenangan bermakna dalam kalangan mahasiswa.