IMG_2316

UPSI, 18 April 2016 – Kuala Lumpur, 19 April 2016-Sathish Rao Appalanaidu dan Haziq Azree Yazid menerima Pingat Tunku 2015 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dalam Majlis Penyampaian Anugerah Pingat Tunku 2015 yang diadakan pada 18 April 2016 di Auditorium, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur, anjuran Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Sathish Rao Appalanaidu, 25, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak menerima pingat Emas dan turut membawa pulang emas padu seberat 3.2gm beserta wang tunai RM5000.00. Sathish merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan kepujian PGNK: 3.93 dan kini melanjutkan pengajian di UPSI dalam bidang Ijazah Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan).

Untuk rekod, Sathish merupakan penerima Outstanding Achievement Award, Pergerakan Wanita MIC Kebangsaan 2015, Best Achievement Award, Malaysia Telegu Foundation 2015, Royal Education Gold Medallist 2015, First Indian Student to Deliver Valedictorian Speech at 17th UPSI Convocation 2015, Award For Perak State’s Best Students In Academic, Sijil Dekan, UPSI (semua semester 2014/2015).

Manakala Haziq Azree Yazid, 25, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) menerima pingat Perak. Beliau turut membawa pulang perak padu seberat 3.2 gm dan wang tunai RM3000.00. Haziq Azree kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling UPSI.

IMG_2303-1 IMG_2298

Haziq Azree pula pernah menerima Anugerah Khas Kepimpinan 2015, Anugerah Dekan (semua semester 2014/2015), Anugerah Kaunselor Muda Harapan 2015, Anugerah Penulisan Ilmiah Terbaik 2015, Anugerah Keterampilan Pelajar (AKTP) 2014, Anugerah Tokoh Siswa 2014, Anugerah PGNK Tertinggi 2014, Anugerah Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia (PERKAMA) 2013.

Pencalonan untuk Pingat Tunku 2015 ini dibuat oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam dan pemilihan calon dilakukan oleh satu panel khas terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Untuk melayakkan diri dipertimbangkan bagi menerima hadiah tersebut graduan mestilah mencapai purata gred kumulatif sekurang-kurangnya 3.80, sangat aktif serta mencapai kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum sepanjang pengajian di peringkat sarjana muda.

Artikel ini telah diterbitkan pada 19 April 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)