IMG-20160621-WA0032

Kolej Aminuddin Baki, UPSI, 26 April 2016-Seramai 26 ahli jawatankuasa program berjaya melaksanakan program yang julung-julung kali diadakan oleh Ahli Jawatankuasa Blok Charlie ini. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara penghuni Blok Charlie dengan pihak pentadbiran Kolej Aminuddin Baki. Dengan adanya program ini, ia menampakkan bahawa penghuni perlu melibatkan diri secara langsung sama ada anjuran Majlis Mahasiswa Kolej mahupun Pihak Pentadbiran.

Program yang diterajui oleh Fathennabila selaku Pengarah Program ini mendapat sambutan begitu menggalakkan. Majlis yang dirasmikan oleh En. Muhamad Fawiz Bakri itu, menyediakan pelbagai aktiviti antaranya tayangan montaj, cabutan bertuah dan persembahan nyanyian oleh pelajar.

Menurut peserta program, Jumainih Kassing, beliau berasa gembira dengan penganjuran program pada kali ini kerana beliau dapat mengenali lebih ramai penghuni blok daripada sebelumnya. Selain dari itu, beliau turut menimba ilmu baharu dalam pengurusan majlis untuk kegunaan pada masa akan datang.

Oleh: Nor Hidayah Dzul-Kifli

Artikel ini telah diterbitkan pada 04 Mei 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)