UPSI, 18 April 2016 – Super Za’ba mengungguli Karnival Sukan Staf UPSI (KIESTA) 2016 yang bermula dari 9 hingga 14 April dengan pungutan pingat, 14 emas, 10 Perak dan satu gangsa. Kontigen di bawah pimpinan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, ACP (K) Prof. Madya Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar ini dibarisi oleh 100 orang atlit.
Tempat kedua dimenangi oleh Sri Lanang dengan pungutan pingat 12 emas, 10 perak dan empat gangsa. Pasukan dibarisi 70 orang atlit di bawah pimpinan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Sahandri Gani ini pernah muncul johan keseluruhan KIESTA untuk tiga tahun berturut-turut.
Tempat ketiga dimenangi oleh Ungku Omar. Pasukan di bawah pimpinan Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob ini berjaya memungut enam pingat emas, tiga perak dan 14 gangsa serta mendapat tempat ketiga Perarakan Kontijen Terbaik KIESTA.
Tempat keempat dimenangi oleh Harun Aminurrashid dengan pungutan lima emas, tiga perak dan empat gangsa. Harun Aminurrashid turut membolot dua lagi hadiah iaitu tempat kedua Perarakan Kontijen Terbaik dan Maskot Terbaik KIESTA.
Dikedudukan kelima ialah Rahman Talib dengan pungutan empat emas, lima perak dan 10 gangsa. Tempat keenam ialah Kapten Yazid dengan pungutan empat emas, lima perak dan tujuh gangsa.
Tempat ketujuh ialah Ahmad Bakhtiar dengan pungutan tiga emas, 13 perak dan empat gangsa dan kelapan ialah Aminuddin Baki dengan pungutan tiga emas, tiga perak dan tujuh gangsa. Walau pun di kedudukan terbawah prestasi pasukan di bawah pimpinan Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris ini tidak mengecewakan kerana buat pertama kalinya berjaya menjadi Johan Perarakan Kontijen Terbaik KIESTA 2016.
Hampir keseluruhan sukan yang dipertandingan pada tahun ini menggunakan kemudahan Kompleks Sukan UPSI.
Artikel ini telah diterbitkan pada 16 April 2016