IMG_0157

UPSI, 31 Disember – Sejajar dengan lonjakan bersepadu yang dirangka oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi dalam memastikan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia menjadi agen pemacu industri, UPSI melalui pelan srategik 2016 melaksanakan pelbagai inisiatif dalam meningkatkan dan melahirkan ‘talent’ untuk masa hadapan Negara.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Datuk Dr. Noraini Idris selaku wakil Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Zakaria Kasa berkata, industri kreatif negara merupakan industri yang dinamik dan menarik serta sentiasa berkembang.

“Malah industri kreatif negara menjadi perhatian dunia dengan prospek yang berimpak tinggi seperti animasi, pengikanan, permainan digital, media interaktif dan tidak ketinggalan bidang penerbitan. Kejayaan industri ini adalah disebabkan kebolehupayaan mengadun teknologi dan seni dengan begitu harmoni di dalam satu industri,”.

“Melihat potensi industri kreatif ini, UPSI melalui Jabatan Multimedia Kreatif di bawah Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, menyahut cabaran ini dengan menawarkan dua program, Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Periklanan dengan Kepujian serta Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Rekabentuk Kepujian pada tahun 2010,” katanya pada majlis Perasmian Projek Tahun Akhir Visua Voce 2016 Degree Show (Animation & Advertising Programme).

Majlis yang diadakan di Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas,  Kuala Lumpur itu di dirasmikan oleh Pengerusi, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Prof. Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin.IMG_0085

Hadir sama, Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Dr.-Ing. Maizatul Hayati Mohamad Yatim dan Ketua Jabatan Multimedia Kreatif, Dr. Muhammad Zaffwan Idris.

Tambah beliau, kejayaan yang diraih Boboiboy The Movie pada tahun 2016 dengan kutipan mencecah 15.7 juta ringgit, dan kutipan tayangan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng yang menghampiri nilai RM5 juta, memberi petanda bahawa sektor animasi di Malaysia kian pesat maju dan hasilnya disambut baik oleh rakyat Malaysia malah ia turut mendapat tempat di pasaran negara jiran, seperti di Indonesia.

Selain animasi, sektor pengiklanan juga merupakan penyumbang utama dalam Industri Kreatif Negara. Pertumbuhan pengiklanan secara signifikannya dapat dilihat daripada perkembangan jumlah pengiklan sama ada media cetak atau digital, agensi pengiklanan dan penambahan tenaga manusia di dalam bidang pengiklanan.

” Sektor pengiklanan di Malaysia dicatatkan berkembang pada tahap purata lima hingga enam peratus dari tahun ke tahun. Malah, sektor pengiklanan memperlihatkan peningkatan trend daripada pengiklanan tradisional telah bergerak ke arah domain digital,”.

”Perkembangan ini merupakan peluang yang terbaik untuk para pelajar Reka Bentuk Pengiklanan, memperkemaskan diri, bersiap siaga dengan ilmu-ilmu berkaitan melalui kursus-kursus yang ditawarkan agar dapat menjadi sumber tenaga memacu kepada kelestarian industri pengiklanan di Malaysia,” katanya.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan