HAS_9578

UPSI, 10 April –  Buat julung kali karya seni visual dari tahun 1970-2016 Siti Zainon Ismail dipamerkan di Galeri Seni, Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang dipamerkan dari 10 hingga 30 April 2017. Turut diadakan Seminar Etos Kesenian Visual Prof. Dr. Siti Zainol Ismail (penerima SEA Write Award) bermula pada 10 hingga 11 April 2017 bertempat di Muzium Pendidikan Nasional.

Pameran Solo ‘Siti Zainon Ismail: Dari Jogja ke Bawah Bayu’ menghimpunkan 60 buah karya pilihan dari 1970 hingga 2016 iaitu sepanjang hampir 50 tahun pengkaryaan beliau dalam bidang seni dan sastera.

Antara hasil karya yang dipamerkan ialah Bunga Pagi, Wayang Golek, Seri Trolak, Mak Pulang Raya, dan Menanti KLIA yang mampu memupuk kesedaran mengenai kepentingan seni visual di Malaysia.

HAS_9600Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam ucapan perasmian berkata, “penglibatan media massa, media sosial, program seminar dan pameran seumpama ini secara tidak langsung menyokong usaha kerajaan dalam membentuk khalayak ramai khususnya peminat seni tanah air untuk memahami mengenai perkembangan seni visual seterusnya memupuk kesedaran mengenai kepentingan seni visual di Malaysia”.

Seminar Etos Kesenian Visual sebagai apresiasi terhadap karya Prof. Dr. Siti Zainon Ismail yang mengetengahkan enam panel berkaliber dalam bidang kesenian dan visual iaitu mantan pensyarah di FSKIK, Prof. Dr. Zakaria Ali, Pengarah Institut Peradaban Melayu, Prof. Madya Dr. Azhar Wahid, Pensyarah Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Prof. Madya Dr. Halim Husain, Pensyarah Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali, Prof. Madya Dr. Ariffin Ismail, dan Pensyarah Fakulti Bahasa dan komunikasi, Dr. Ariff Mohamad.

Prof. Dr. Siti Zainon Ismail turut berkongsi pengalaman sepanjang berkecimpung dalam dunia seni visual dalam Sembang Seni.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)