oleh: NURUL ANIS SYAZWANI ABD MANAF (RAISAH LAJNAH AKADEMIK & KAJIAN, KELAB AL-MURSYIDIN)

Tanjung Malim: Pada 21 Mei 2023, sebuah program Bicara Isu Semasa Siri 2: Konspirasi Akhir Zaman telah berlangsung di Masjid Al-Mursyidin UPSI, anjuran Pusat Islam UPSI dan Al-Mursyidin Club (AMC) dengan kerjasama persatuan-persatuan gagasan Islam yang lain.

Program ini telah membawakan seorang penceramah jemputan iaitu Ustaz Nabil Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis ilmu tersebut menekankan akhlak anak muda zaman sekarang yang menyentuh tentang akhlak keperibadian.

Ustaz Nabil Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Akhlak anak muda yang sebati dengan budaya hedonisme merupakan salah satu ciri umat akhir zaman. UPSI melahirkan graduan yang sebahagian besarnya bakal bergelar pendidik maka aspek keperibadian amat ditekankan untuk melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik dan akhlak.

Turut hadir Pengarah Pusat Islam UPSI, Ustaz Tarmizi Abd Rahman, Ustaz Mohd Ali Abdul Malek selaku penasihat AMC dan Ustaz Muhammad Hamdi Azmi selaku penasihat program, para pensyarah dan pengetua kolej kediaman ke program tersebut.

Lebih 300 mahasiswa dan mahasiswi memenuhi ruang solat Masjid Al-mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah yang berakhir pada jam 9.00 malam itu. 

Hasrat pihak penganjur selepas ini adalah untuk meningkatkan lagi program yang menyentuh tentang isu semasa yang memberi impak lebih besar dalam kehidupan mahasiswa – ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)