Oleh: Punithavili Mariappan
Mac 8, 2023
Ipoh: Persatuan Pengajian Siswazah (PPS) dan Institusi Pengajian Siswazah (IPS) menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) Article Review di Bilik Seminar (Bilik Serbaguna 2) Perpustakaan Tunku Bainun bagi meningkatkan kemahiran dalam penulisan artikel di kalangan pelajar pascasiswazah.
Bengkel ini dianjurkan bagi meningkatkan peluang penerbitan artikel dalam jurnal berindeks, mendedahkan pelajar pascasiswazah tentang format yang betul dalam proses penghasilan penulisan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Selain itu, bengkel ini turut berhasrat untuk membantu JK Pelaksana International Postgraduate Conference (IPAC) 2023 bagi menyaring artikel yang baik untuk penerbitan.
Bengkel ini dilaksanakan pada 8 Mac 2023, selama 4 jam oleh penceramah yang berpengalaman iaitu Ketua Editor Kupas Seni; Ts.Dr. Muhamad Firdaus Ramli dan dihadiri oleh 33 peserta dan juga berjaya menarik minat ramai pelajar peringkat kedoktoran untuk turut serta.
Bengkel yang dijalankan ini mendapat respon yang sangat baik dan positif daripada para peserta. Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. – ePena.