21753236_10155741818431972_1309123259836259892_o

Kuala Lumpur, 21 September  – Hasrat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  untuk menerajui bidang penerbitan pendidikan di Malaysia akan terlaksana melalui jalinan kerjasama strategik antara UPSI dan Perbadanan Kota Buku.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pelbagai bidang kini telah melalui satu evolusi yang amat ketara dimana masyarakat lebih cenderung membaca berita, artikel dan isu semasa melalui ‘online’. Malah generasi kini memerlukan pendekatan berbeza khususnya dalam bidang pendidikan.

“Dengan adanya kerjasama strategik bersama Perbadanan Kota Buku, penerbitan ‘e-book’ dapat diperluaskan lagi sejajar dengan permintaan masyarakat,”.

“Secara tidak langsung, pasaran produk ‘e-book’ dapat dipertingkatkan kerana ia merupakan alternatif terbaik kepada masyarakat terutamanya para pelajar untuk mengakses buku terbitan UPSI menggunakan aplikasi berpandukan kepada teknologi terkini,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama (MoA) antara UPSI dan Perbadanan Kota Buku.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar berkata, Malaysia perlu mempunyai satu sektor yang dapat menunjukkan status Negara maju dan salah satu peluang itu ialah dengan meletakkan pemain industri buku.

Beliau yakin setiap industri mempunyai niche tersendiri dan jika ada pakej yang betul, sesuatu produk itu mampu dijual.

Moa ditandatangani oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Melalui kerjasama ini, Perbadanan Kota Buku akan dilantik sebagai agen hak cipta buku-buku UPSI yang terpilih ke pesta-pesta buku antarabangsa serta membantu UPSI dalam membiayai geran terjemahan

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)