lombok 1

Lombok, 18 September – Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Universitas Hamzanwadi Lombok Timur (UNHAZ) buat pertamakalinya menganjurkan 1st Lombok International Edu-Tourism Conference 2017 (LIETC).

Dekan, Prof. Madya Zaharul Lailidin Saidon berkata, LIETC adalah platform kepada ahli falsafah dan akademik yang berbeza latarbelakang untuk bertukar-tukar idea mengenai pendidikan pelancongan melalui budaya tempatan, warisan, sumber dan identiti.

“Persidangan bertemakan Empowering Edu-Tourism and Local Culture yang berlangsung pada 15 pada 18 September 2017 di Golden Palace Hotel, Kota Mataram, Nusa Tenggara Barat, Lombok ini membicangkan isu dan cabaran mengenai pendidikan melalui pelbagai aspek pelancongan termasuk budaya, perubatan, sukan, ekologi, ruang dan pelbagai lagi.

lombok 4

Turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPSI dan UNHAZ yang ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPSI, Prof. Dr. Mohd Sahandri Ghani Hamzah dan Rektor UNHAZ, Dr Hajjah Sitti Rohmi Djalillah.

Seramai 170 pembentang termasuk dari Universiti Awam Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Riau, para budayawan, pegawai pemerintah dan pensyarah turut terlibat dalam pembentangan itu.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)