UPSI, 12 Januari –  Universiti Pendidikan Sultan Idris menandatangani perjanjian (MoA) dengan tiga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi menjalinkan kerjasama program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak ) dengan Kepujian.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohamad Shatar Sabran berkata, pendidikan awal kanak-kanak adalah salah satu bidang eksklusif di UPSI.

“Oleh itu, kerjasama antara UPSI dan ketiga IPTS iaitu Kolej Islam Antarabangsa (IIC), Kolej MCS dan Institut Pengurusan dan Teknologi Antarabangsa (IIMAT) ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan ia juga akan menaikkan nama UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di rantau ini,”.

“Canselor, Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Zara Salim telah memberitahu saya sebelum ini, tidak kira betapa banyak kolaborasi universiti dengan institusi lain, Tuanku menasihatkan supaya UPSI meletakkan kepentingan pada kualiti graduannya yang setanding dengan setiap skrol yang membawa logo UPSI,” katanya ketika mengampaikan ucapan aluan sempena majlis yang berlangsung di Dewan Seri Tanjong.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerjasama tiga IPTS untuk memberi kepentingan dalam memastikan graduan yang dihasilkan berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Menerusi perjanjian yang dimeteri selama lima tahun itu, UPSI sebagai universiti rujukan dan ketiga IPTS yang terlibat terutamanya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak membuka lebih banyak peluang untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan dan profesional dalam bidang pendidikan.

UPSI diwakili oleh Naib Canselor Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, IIC diwakili oleh seorang ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Jamaludin Hasan, manakala Tan Sri Shafie Salleh mewakili Kolej MCS dan Dr Steve Yee Seng Seen mewakili IIMAT.

 

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)