TANJONG MALIM, 12 Mac – Universiti Pendidikan Sultan Idris menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Turki, Dr. Merve Kavakci di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori.
Dalam pertemuan itu, pihak UPSI dan kedutaan membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama antara UPSI dan universiti awam di Turki khususnya dalam bidang pendidikan.
Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kerjasama itu bakal diadakan selewat-lewatnya pada Mei ini.
“Kerjasama berkenaan termasuk dalam bidang mobiliti, penyelidikan dan penerbitan, pertukaran pelajar dan kakitangan serta menganjurkan persidangan antarabangsa,” katanya.
Tambah beliau, kertas cadangan bagi tujuan kerjasama itu sedang dilaksanakan bagi membolehkan pihak delegasi Turki memilih universiti yang bersesuaian untuk menjalinkan berkerjasama dengan UPSI.
“Duta Besar Turki, turut menjelaskan Turki mempunyai agenda yang tinggi dalam pendidikan yang berperanan penting dalam mendidik generasi akan datang,”.
“Oleh itu, bagi menjadikan golongan siswazah dari UPSI berkualiti, kita perlu melaksanakan beberapa kerjasama dengan pihak luar untuk melahirkan golongan pendidik yang luar biasa supaya para pelajar yang bakal dididik akan menjadi generasi yang hebat selaras dengan matlamat dan aspirasi gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.
Turut diadakan Majlis Penyerahan Proposal Bersama bagi membolehkan UPSI berkolaborasi dalam bidang tersebut dan Syarahan Profesor bertajuk “Crisis of Ummah and Remedies” oleh Profesor Dr. Yusuf Ziya Kavakci.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University