Oleh Rosidah Binti Abdul Rasit  (Pelajar Praktikal Universiti Pendidikan Sultan Idris)

UPSI, 9 Julai– Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta sejarah menjadi universiti awam pertama melancarkan radio dalam talian TMFaceLive yang bersiaran secara langsung melalui medium Facebook.

Pensyarah Komunikasi Sosial FBK, Encik Khairul Azam Bahari, TMFaceLive dicetuskan daripada gabungan idea pensyarah-pensyarah Komunikasi Sosial daripada FBK dan bersiaran secara rasminya di konti radio menerusi alam maya Facebook pada setiap kecuali sabtu dan ahad dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang manakala hari jumaat jam 9.00 pagi hingga 1 tengahari.

“Terdapat beberapa makna bagi perkataan TMFaceLive iaitu TM yang membawa maksud Teman Mahasiswa yang menjadi peneman kepada mahasiswa. TM juga bermaksud Tanjung Malim yang menjadi tempat kelahiran TMFaceLive dan Taman Muallim bererti tempat perkongsian ilmu,”.

“Selain itu, ‘Face’ adalah wajah iaitu wajah mahasiswa dan wajah Muallim yang menggambarkan kehidupan mahasiswa dan masyarakat di Tanjung Malim. Dalam erti kata lain, ‘Face’ juga membawa makna kepada ‘Fun’, ‘Accurate’, ‘Current’ dan ‘Educating’ yang merupakan asas kepada pembentukan TMFaceLive. Manakala, ‘FaceLive’ bermaksud siaran secara langsung yang dapat di tonton oleh warga maya. Perkataan TMFaceLive ini “merangkumi pelbagai makna yang signafikan kepada UPSI, mahasiswa dan masyarakat”, katanya.

Beliau yang juga penyelaras TMFaceLive berkata,TMFaceLive mempunyai 10 segmen sebagai pengisian.

“ Antaranya segmen My Berita (mengulas berita sama ada akhbar bercetak atau atas talian), info UPSI (menghebahkan info yang diterima seperti mesyuarat, pembentangan penyelidikan dan lain-lain), dan intai-intai muallim (kongsikan berita yang diperoleh daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) seperti sekarang ini berlangsungnya Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA), wacana intelek (menjemput tetamu atau pensyarah yang berbeza dengan tajuk yang berbeza), lagu, rentak remaja (menyiarkan bakat remaja UPSI/Muallim yang tersembunyi secara langsung dalam bentuk video), Dai’ remaja (berbentuk keagamaan dengan menyampaikan tazkirah), English is Easy (belajar Bahasa Inggeris dengan merekod suara pensyarah tersebut dan disiarkan ketika siaran langsung), peribahasa (menerangkan makna disebalik peribahasa) dan tayangan video dan audio tugasan pelajar,”.

“Selain itu, terdapat dua segmen yang jarang disiarkan iaitu suara mahasiswa  (aduan yang dihadapi oleh mahasiswa melalui rakaman suara) dan poket Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada MPP seperti isu Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya.

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan

UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)