Oleh: Jaslizah Binti Jais & Rosidah Binti Abdul Rasit
UPSI, 9 Julai – UPSI menerima kunjungan balas delegasi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Brunei Darussalam yang diketuai oleh Pengarah Pusat Bahasa, Dr. Hanbali Jail.
Menurut Dr. Hanbali, lawatan itu bertujuan membincangkan kolaborasi-kolaborasi yang akan dijalankan pada masa hadapan dalam bidang bahasa, pengajian agama, pendidikan dan lain-lain.
Delegasi yang disertai seramai tiga orang pegawai dan pensyarah, lima orang alumni KUPUSB dan 10 penuntut KUPUSB itu turut dibawa melawat ke Muzium Pendidikan Nasional Perpustakaan Tuanku Bainun dan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK).
Seterusnya, delagasi berkunjung ke Pusat Bahasa dan Pengajian Umum untuk menghadiri slot ramah mesra bersama kakitangan Pusat Bahasa dan sesi taklimat berkaitan perkhidmatan yang boleh membantu pelajar dan sebarang program yang boleh dijalankan bersama KUPUSB dan ke Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) untuk meninjau smart classroom atau future classroom untuk pelajar pendidikan khas.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Educatation