UPSI, 25 Julai – Tiga kakitangan akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima pengiktirafan sempena persidangan New Dimensions in Science and Technology and Faculty Award 2021 anjuran Arunai International Research Foundation (AIRF) yang berpusat di Tiruvannamalai, India.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts. Dr  Suriani Abu Bakar melahirkan rasa gembira dan bangga atas pengiktirafan yang diberikan oleh sebuah organisasi dari India itu.

“ Ketiga-tiga akademia ini memperlihatkan sumbangan dalam bidang kepakaran mereka dan semoga lebih ramai lagi akademia UPSI memperolehi pengiktirafan sama ada peringkat nasional atau antarabangsa dalam bidang masing-masing,” katanya.

Anugerah tersebut diterima pada 10 Julai lalu secara dalam talian atas sumbangan yang cemerlang dan futuristik dalam bidang pendidikan.

Pada majlis itu, menyaksikan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Professor Dr. Marzita Puteh dinobatkan sebagai penerima anugerah Dr. C. V. Raman Anugerah Penyelidikan Inovatif Antarabangsa 2021.

Sementara itu, Professor Madya Dr. Balamuralithara Balakrishnan dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), pula menerima anugerah dari Dr. A.P.J Abdul Kalam Anugerah Saintis Inovatif Antarabangsa 2021, manakala Dekan Fakulti Sains dan Matematik, Professor Madya Dr. Haniza Hanim Mohd Zain pula menerima anugerah Anugerah Saintis Inovatif Antarabangsa 2021 dari Dr. Srinivasa Ramanujan

AIRF diasaskan oleh Pengarah, Puan Ekambaram Radha dan Pengerusi, Dr.Kasi Kamalakannan yang terlibat secara aktif dalam mempromosikan bidang penyelidikan dan pendidikan untuk dimanfaatkan oleh seluruh dunia.

 

#demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)