UPSI, 27 Julai – Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan program Misi Kemanusiaan Lubnan #FBKPRIHATIN bagi membantu rakyat Lubnan yang sedang mengalami kesukaran hidup.

Dekan FBK, Prof Madya Dr Mazura @Mastura Muhammad berkata,   misi Misi  yang dijalankan selama 13 hari iaitu bermula pada 24 Julai lalu akan tamat  pada 5 Ogos depan bertujuan untuk membantu meringankan beban masyarakat Lubnan.

“Dengan misi ini, kita juga dapat memupuk semangat kasih sayang sesama manusia dan dapat memupuk sikap menderma dalam masyarakat,”  katanya.

Tambah beliau, menerusi misi berkenaan, warga UPSI dan  masyarakat setempat boleh menyumbangkan pelbagai bentuk sumbangan yang ingin mereka salurkan melalui FBK.

“Antara bentuk sumbangan yang boleh diberikan adalah seperti alat tulis, baju sejuk, walkers (dewasa), kerusi roda, pampers kanak-kanak, tuala wanita dan permainan kanak-kanak,”.

“ Para penderma boleh menghantar barangan yang ingin mereka sumbangkan di pusat pengumpulan Tanjong Malim yang beralamat di No. 25, Jalan Wangsa Jaya 4, Taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan,”.

“ Waktu pembukaan pusat pengumpulan Tanjong Malim itu bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) FBK, Profesor Madya Dr.  Saipolbarin Ramli berkata, program seumpamanya dapat mendedahkan pelajar UPSI kepada aktiviti kemanusiaan peringkat antarabangsa di mana para pelajar bertindak sebagai ahli jawatankuasa program yang didedahkan dengan gerak kerja kesukarelawanan secara berstuktur dan terancang.

“ Program ini melibatkan semua persatuan di FBK, dan fokus bantuan adalah masyarakat di kawasan selatan bandaran Lubnan meliputi org awam, hospital, sekolah dan institusi yang berada di sana.

“Selain sumbangan berbentuk material, pihak FBK juga mencetak 1000 broshure tentang menjaga kesihatan khususnya dalam masa pandemik dalam dwi bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Inggeris yang  bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Lubnan tentang peri pentingnya menjaga kesihatan,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan misi itu boleh berhubung dengan Dr. Mohamad Rozi Kasim (FBK) 0134337730/ Dr. Norfaizah  Abdul Jobar (FBK) 0195754572/ Pn. Nordiana  Ramli (JHEPA) 017535376  atau En. Mohd Sharifuddin Razman (FBK) 0194777701.

 

#demiupsi #cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)