• Oleh: Ammar Fathi Nazri / Prof. Madya Ghazali Din

Tanjung Malim,  19 Oktober 2021: Sambutan Maulidul Rasul bagi memperingati pengorbanan dan perjuangan Baginda Rasulullah SAW menegakkan agama Islam di muka bumi ini dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  menerusi Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Idris (UPSI)  turut mengambil inisiatif menjayakan program “Manifestasi Cinta Agung” yang dipancar secara langsung di laman rasmi Facebook UPSI.

Pengarah Pusat Kebudayaan, Dr. Muhammad Faisal Ahmad

Pengarah Pusat Kebudayaan, Dr. Muhammad Faisal Ahmad berkata, tujuan penganjuran program “Manifestasi Cinta Agung”  untuk menghayati kisah riwayat hidup dan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Ujarnya lagi, program itu dipancarkan secara langsung bertujuan memberi peluang kepada penonton merasakan aura persembahan selain disebarkan secara meluas melalui platform itu.

Muhammad Faisal berkata Pusat Kebudayaan berharap dengan adanya program sebegitu, ia boleh memupuk perasaan cinta dan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah SAW yang selalu merindui umatnya.

“Kami ingin menyemarakkan program-program yang bukan hiburan semata-mata, malah memberi ilmu dan maklumat kepada masyarakat”.

Program “Manifestasi Cinta Agung” yang diadakan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, katanya,   menampilkan kelainan apabila menggunakan konsep ‘berhibur sambil berdakwah’ dan Lah Ahmad dijemput menghiburkan penonton dengan lagu-lagu yang berkaitan dengan Sirah Rasulullah SAW.

Lah Ahmad, bekas ahli kumpulan VE, katanya,  memeriahkan lagi program ini bersama Al-Fadil Ustaz Muhammad Hasbi Abd Rahman.

Penyanyi yang aktif berdakwah sambil berhibur itu dan  bekas penyanyi  kumpulan V.E  mengalunkan lagu-lagu ketuhanan dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW, antaranya  ‘Kehadiranmu, Maulaya’, serta ‘Agung’  ’ – sebuah lagu yang diberi nafas baru dari lagu hit ‘Ayu’  semasa beliau bersama kumpulan VE.

Lah turut mengajak penonton live FB berselawat bersama sebelum mengakhiri persembahan dengan lagunya  ‘Agung’.

 “Kira-kira 1400 tahun dahulu, masyarakat Arab hidup dalam keadaan yang sangat hina,” – Ustaz Muhammad Hasbi Abd Rahman.

Sementara Ustaz Hasbi dalam perkongsiannya  mengajak audien merenung dan berfikir  tentang kelahiran Rasulullah SAW sebagai menjadi tanda dan mercu kepada keagungan dan kemuliaan agama Islam.

“Masyarakat Arab berada di antara dua  tamadun Rom dan Parsi baik dari segi akidah dan syariah mahupun moral dan kemanusiaan.

Zaman itu, katanya, berlakunya pelbagai pembunuhan, perjudian, penzinaan dan kekufuran hingga menyembah berhala yang diangkat sebagai tuhan.

Beliau berkata  kira-kira 1400 tahun dahulu, masyarakat Arab hidup dalam keadaan yang sangat hina.

Kumpulan nasyid KESAKTI (Kelab Kesenian & Kebudayaan Kakitangan UPSI) ketika membuat persembahan.

Turut menghiburkan lebih 4000 penonton yang menyaksikan program “Manifestasi Cinta Agung” adalah  kumpulan nasyid KESAKTI (Kelab Kesenian & Kebudayaan Kakitangan UPSI).

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)